•⊰ 41 ⊱•

602 68 129
                                    

Episode 41

A/N

Disarankan untuk membaca dengan hati yang tenang ❤️Ingat bahawa fanfiction ini tiada kaitan dengan benda hidup dan mati🐥

Pasang lagu
I need U by BTS (piano cover)♪

Enjoy reading!🐼

-----❤️-----

"Suga..."

Tangan Suga digenggam erat.Air matanya sudah mencurah curah akibat tidak sampai hati melihat Suga dalam keadaan koma seperti ini.

Sudahlah muka putih bagaikan mayat hidup,kini muka Suga pucat dan sejuk.Terlampau putih pula Suga ketika sakit.Hati mana yang tidak resah?

Setiap satu memori indah bersama Suga terbayang bayang di mindanya.Paling tidak dapat dilupakan,ketika mereka sama sama mengungkapkan rasa kasih di taman bunga hari itu.

Bersaksikan bintang,bulan,bunga serta dua ekor angsa cinta di taman itu,mereka membuktikan cinta masing masing.Belaian lembut Suga sewaktu kissing masih terasa segar di bibir Jiyeon.

"Awak...bila awak nak bangun?Temani saya?Saya...saya keseorangan."

Jiyeon mulai tersedu sedu.Hatinya sakit sangat.Mengapa hidupnya ditakdirkan begini?Dikhianati semasa cinta pertama.Kini,diduga pula semasa cinta kedua.

Tidak layakkah dia bercinta?Bilalah dia mahu bahagia seperti insan lainnya.Sungguh dia kecewa.

Tit...tit...tit...

Bunyi mesin degupan jantung di bahagian sisi Suga sahaja yang menghiasi kesedihan Jiyeon.Gadis itu buntu,tidak tahu apa ingin dilakukan sekiranya tiada Suga di sisinya.

"Tuhan,bantulah hamba-Mu ini.Sesungguhnya aku tidak mampu lagi menanggung segala derita yang Engkau turunkan.Berilah sedikit masa untuk aku bahagia."

Semakin diseka air mata,semakin mengalir air matanya tanpa henti.Perlahan lahan,jam ditilik di tangan.

12:30 tengah hari.

Sebuah buku kecil dikeluarkan dari begnya.Diambil satu pen sebelum pen tersebut mencoretkan sesuatu di dalam isi buku itu.

30 Dec 2019

Penantianku tiada penghujungnya,Suga.Sudah seminggu berlalu.Saya akan tetap setia menunggu awak.

Sekiranya awak mahu pergi ke Syurga,jangan lupa bawa saya.Awak dah janji,awak mahu bawa cinta kita hingga syurga.

Saya tunggu.

Semoga cepat sembuh,my lovely oppa.💜

Jiyeon

Air mata jatuh setitik di buku itu.Pantas dia menyeka air matanya sebelum buku itu ditutup dan diletakkan kemas di meja bersebelahan katil wad Suga.

Unforgotten Soul.Donde viven las historias. Descúbrelo ahora