•⊰ 34 ⊱•

485 73 22
                                    

Episod 34

"Hurm..."

Sinaran terik yang mengena matanya menjadikan pandangan gadis itu sedikit silau.Ada masanya mata dipejam celik berkali kali.

"Sudah pagi ke?"Jiyeon menggosok gosok matanya yang mamai.

Buat seketika,dia terasa seperti ada seseorang memeluknya dari belakang.Bahagian pinggang dipandangnya sekilas.

Tangan kekar berkulit putih sedang erat memeluk pinggangnya.Deruan nafas terasa hangat mengena leher Jiyeon.

"Su-Suga?"Dipanggil lembut nama lelaki itu.

Sahutannya dibalas dengkuran halus lelaki itu.Nampaknya,Suga masih enak dibuai mimpi.

Bak kata orang tua tua,jangan kejutkan singa semasa tidur.Boleh haru biru dunia.

Perlahan lahan, senyuman di bibirnya terukir.Mengapa harus lepaskan peluang keemasan yang ada?

Jujur,dia rindukan pelukan sehangat ini.

Tangannya menggengam erat lengan Suga,sebelum pelukan terasa semakin erat.

-----💜-----

"Jiyeon..."

Mendengar namanya dipanggil, langsung saja dia menoleh memandang lelaki itu.

Suga menarik nafas panjang sebelum memandang keluar halaman vila.Sudah genap setahun dia tinggal di vila ini.

Dalam masa setahun itu juga,sudah lama dia tidak menjenguk bandar.Rindu pula melihat kekecohan di ibu kota Seoul.

"Apa awak nak cakapkan?"

Kening sebelahnya terjongket.Pelik gadis itu melihat Suga tiba tiba mengantung ayatnya.

Suga memusingkan badannya kearah gadis itu.Kedua tangan gadis itu digenggam erat.

"Aku ingat...nak pindah bandar semula."

Kelihatan Jiyeon sedikit terkejut."Pin...pindah?"

Lelaki itu mengangguk."Aku mahu mulakan kehidupan baru."

Berkelip kelip gadis itu memandang Suga.Jauh di sudut hatinya,dia tidak mahu berjauhan dari kawan barunya itu.

"Kenapa...baru sekarang?Takkan awak sanggup tinggalkan saya?Kitakan...kawan?"

Anak mata Suga memandang tepat mata Jiyeon.Adakah ini bermakna,dirinya penting dalam hidup gadis kecil itu?

"Kau nak ikut aku tak?"

"A-apa?"

"Ikut aku.Kita jalani hidup baru dekat Seoul.Nak?"

Jiyeon tergamam seketika.

"Berkaitan vila ni,kau tak perlu risau.Kita boleh jenguk sesekali."

-----💜-----

Pintu dikuak.Kelihatan ruang besar dihiasi perabot hitam putih menjengah ruangan mata.Di balkoni pula terdapat kolam ikan kecil dan dua kerusi kayu.

Unforgotten Soul.Where stories live. Discover now