•⊰ Trailer ⊱•

526 64 95
                                    

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

Sinopsis

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

Kim Jiyeon

Sinaran matahari yang menembusi ruangan lokap melalui jaluran besi di dinding membuatkan Jiyeon berasa rimas.

Dirinya mahukan kegelapan.Bukan kesinaran.

Namun,dirinya tidak pula mengadu mahupun memberontak.Kini,dia hanya mendiamkan diri.

Bukannya dia bisu.Hanya tiada kekuatan lagi mahu bersuara.Ikutkan hati,dia mahu lenyap dari dunia ini.

Kematian kekasih hatinya,Min Yoongi menjadikan Kim Jiyeon manusia lemah di muka bumi ini.Malah,ada kalanya dia malas mahu bernafas.

Adakah ini takdir hidupnya?Diberi kebahagian pada awalnya,namun menderita di saat akhir.

Kini,dia hanya termenung sambil memeluk lutut.Fikirannya kosong.Dia bukannya gila,bukannya sakit mental.

Hanya merasa kehilangan.

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

Park Jimin

Dirinya merenung ke luar jendela.Matahari yang terbenam pada waktu senja itu ditatapnya kosong.

Sudah sebulan waktu dihabiskan di hospital ini.Setiap saat dan detik,dia setia menunggu kehadiran Min Yoongi.

Rasa bersalah terhadap sahabatnya semakin menebal saban hari.Disangkanya,Min Yoongi akan melawat dirinya di hospital ini.

Hari berganti hari,minggu berganti minggu.Kelibat Min Yoongi langsung tiada dihadapan matanya.

Apa khabar sahabatnya sekarang?Sihatkah dia?Sakitkah dia?

Teringin mahu mengucapkan kata kata itu.Namun hampa.

Si dia tiada di depan mata.

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

Min Yoongi

Adakah sudah tiba masanya untuk aku pergi?

Apakah perasaan orang yang aku sayang sekiranya aku sudah tiada di muka bumi ini?

Persoalan itu berulang ulang di mindaku.

Menjadikan aku seperti sekarang.

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

TO BE CONTINUE

Unforgotten Soul.Where stories live. Discover now