•⊰ 27 ⊱•

494 79 9
                                    

Episod 27

"Suga!!!"

Bingit vila itu di waktu pagi apabila Jiyeon tiba tiba menjerit memanggil namanya.Suga menggosok gosok mata.

"Pahal minah ni?Terjerit pepagi buta.Tak sayang suara ke?"

Suga mencebik sebelum menyumbat earpod ke dalam telinganya.Kemudian,dia menyambung tidurnya yang tergendala tadi.Bibirnya mengukir senyum.

Sementara Jiyeon,sudah mulai hilang sabar memanggil Suga.Ikutkan hati,semua tenaga mahu dikerah demi memanggil si jejaka mayat hidup itu.Darah kian mendidih.

"Yah Suga paboya!!"

Terus kaki dilangkah kearah bilik Suga.Pintu ditendang kuat gadis itu.Terbeliak mata dia melihat Suga, sebelum memandang jam yang tergantung kemas di bilik itu.

Sudah menginjak pukul 12 tengah hari kut!Takkan tak bangun lagi,hoi!

"Suga!Bangunlah pabo anak may-"

"Ahh~"

"Erk."Jiyeon terkedu seketika melihat Suga diatas katil.Tangannya tergapai gapai manakala Suga menjilat bibirnya angresif sambil menutup mata.

Terfikir juga Jiyeon,apa yang dimimpikan Suga sehingga menjadi sebegitu rupa? Langkahan didekati kearah Suga sebelum bahu lelaki itu digoncangnya.

"Wey Suga,bangunla dah tengah hari dah ni."

"Sayang~"

Jiyeon rolling eyes. Mimpi Yoora lah tu.Ya Tuhan,mimpikan isteri sampai jilat jilat bibir lagi.Tak senonoh betul!

Tiba tiba,Jiyeon mendapat idea.Dia keluar dari jasadnya sebelum rohnya masuk kedalam mimpi Suga.

Automatik dalam masa kurang daripada 1 minit,Suga dah bangun dari tidur dalam keadaan berpeluh peluh.Pada masa itu juga,Jiyeon kembali semula ke jasadnya.

"Fuh~Dahsyat."Itu sahaja Suga mampu ungkapkan sambil mengibas baju T putih yang dipakainya.Takut sampai berpeluh peluh!

Jiyeon sekadar tersenyum sebaris."Sedap mimpi saya bagi tadi?"

Suga berpaling kearah Jiyeon dengan wajah berkerut,cuba memahami ayat Jiyeon.Jiyeon mencebik.Lambat pickup la si Suga ni.

"Tadi saya rasuk mimpi awak.Tulah,siapa suruh tak bangun tidur.Tengok jam,dah pukul 12 tahu!"

"Yahh!Kau ni takde kerja ke rasuk mimpi orang?! Kalau bagi mimpi indah takpelah juga,ni kau bagi mimpi aku hampir nak cium nenek kebayan!Kau dah kenapa,sial!"

Ambil kau,Suga dah mengamuk.Jiyeon mengetap bibir sambil memandang muka cemberut Suga tu.Dia bercekak pinggang.

"Kalau boleh,saya nak je bakar bilik awak ni tau?Baru ingat akhirat sikit!"

"Eii minah ni kan!Kau me-"

"Dah dah!Saya bukan kejutkan awak semata mata nak dengar awak membebel!"

"Dah tu?!Pah-"

"Meh sini!"

Jiyeon terus memegang lengan Suga sebelum menarik Suga keluar dari bilik itu.Suga mengetap bibir,marah apabila Jiyeon asyik mencantas ayatnya.

Unforgotten Soul.Where stories live. Discover now