•⊰ 28 ⊱•

479 79 20
                                    

Episod 28

5 bulan kemudian...

Walaupun sudah lima bulan berlalu,namun banyak lagi rahsia vila itu yang Suga belum ketahui.Kehidupannya berlalu seperti biasa.

Kini,Jiyeon dan Suga boleh dikatakan kawan juga.Setiap hari,memang tidak sah kalau tidak bergaduh.Ada sahaja topik yang ingin digaduhkan,namun selepas itu mereka akan berbaik semula.

Angka jam menunjukkan pukul 5 petang.Sejak dari pukul 2 petang tadi,Jiyeon tidak memunculkan diri.Katanya ingin berjalan jalan dan membeli barang dapur.

"Haih...mana dia ni?Janji pukul 5 start main game. Penat aku suruh Jungkook belikan.Susah kot pujuk budak biskut lemau tu."

Suga mula membebel sambil bercekak pinggang dihadapan vila.Dia menoleh kiri kanan.Langit juga turut dipandang.Manalah tau,Jiyeon balik rumah dengan gaya terbang ke.

Malangnya,Jiyeon masih belum pulang.

Keluhan dilepaskan.Suga masuk kedaalm vila dan mula merayau rayau untuk hilangkan bosan.

Namun,sampai di satu lokasi,dia terdengar bunyi seperti seseorang sedang berlari lari.Bunyi itu datangnya dari tingkat bawah tanah vila itu.

'Siapa lari lari ni?'

Suga memutuskan untuk mula mencari.Pada fikirannya,itu mungkin Jiyeon kerana Jiyeon suka bermain kejar mengejar dengan dirinya.

Penat usah dikata.Lama juga Suga mencari pintu kearah bawah tanah itu,namun tidak dijumpai juga.

Langkahan Suga menghampiri sebuah pintu perpustakaan di bilik itu.Bunyi detapan kaki yang berlari lari itu semakin jelas kedengaran.

"Hey Jiyeon,dah la tu.Aku penatla,main lari lari pulak dia ni."Ujar Suga kegeraman.

Kata kata Suga disambut hilai ketawa orang dari tingkat bawah vila itu.Suga amat terkejut sehingga dia jatuh terduduk diatas lantai.

Suara ketawa itu...Bukan suara Jiyeon.Adakah itu hantu?

"ARGH!"

Suga terjerit apabila terasa dia jatuh ke bawah.Rupa rupanya,di lantai tempat dia berdiri tadi,ada satu pintu rahsia ke lorong bawah tanah.

Berdesis Suga kesakitan akibat terasa perit dibahagian pinggul dan belakang badan.Mana tidaknya,secara direct dia terus jatuh ke atas tanah.

Habuk habuk berterbangan membuatkan Suga terbersin tiba tiba.Bersihan Suga menghasilkan gema yang kuat di kawasan itu.

Bulu roma jangan cakaplah.Dah menegak ni ha.

"Aish!Jangan takutlah,Suga.Gema je."

'gema je...gema je...gema je...'

Gema terhasil sekali lagi akibat suara Suga.Suga menelan air liur perit sebelum dia terbersin buat kali kedua.Hidungnya mulai memerah manakala matanya mulai berair akibat bersin berkali kali.

Kesimpulannya,Suga alah dengan habuk.

"Haaachoo!!Urgh..."Suga gosok gosok kasar hidungnya itu.Geram akibat terlampau gatal di rongga hidungnya.

Unforgotten Soul.Where stories live. Discover now