•⊰ 30 ⊱•

453 77 14
                                    

Episod 30

"Umph!Umph!"

Jiyeon mencuba sedaya upaya untuk menjerit kearah Suga.Dia cuba kembalikan semangat Suga yang hilang akibat terlalu sayang anaknya.

Minji tersenyum sinis."Bagus.Mari sambung kembali.Hiaaa!!"

Sppprrtt!

"A...ark..."

"Umph!"Jiyeon terkejut apabila
bintang hitam itu mulai membenam di leher Suga.

Minji memasukkannya secara perlahan lahan agar Suga dapat 'menikmati' kesakitan itu.

Mata Suga membulat.Panas,pedih dan perit menjalar ke seluruh tubuh.

"Hahahaha!"

"Jangan!"

Dengan segala kudrat yang ada,Jiyeon meleraikan segala genggaman dari makhluk syaitan tersebut.Dia berlari kearah Minji sebelum menolak kasar kanak kanak itu.

Bintang hitam itu terpelanting jauh.

Memerah mata Minji sehingga mata hitamnya mengecil.Sungguh dia amat marah apabila Jiyeon mengacau kerjanya.

"Suga...suga!"

Nampaknya Suga sudah pengsan.Jiyeon mula tidak tentu arah.

"KURANG AJAR!"

"H...hah?"

Buat seketika,Jiyeon terkaku.Suara...suara Minji berubah menjadi suara garau dan kasar.

"Min...Minji?"

"KAU!AKU BENCI KAU!"

Gadis itu memejam seketika matanya.Baiklah,kini kita mesti faham bahawa Minji sedang dirasuk sesuatu.

Minji berpaling untuk mengutip semula bintang hitam tersebut.Namun,dengan pantas Jiyeon menarik rambut Minji.

"Arh!"

"Kau!Keluarla dari badan Minji!Berhenti seksa dia!"

Minji berpaling sebelum ditolaknya Jiyeon kuat sehingga belakang badan Jiyeon terhentak dinding.

"AH!"

"Jangan kacau akulah,sial!"

Jiyeon cuba bangun.Dia memandang makhluk yang hanya berdiri kaku melihat dia dan Minji.

'Mengapa mereka tidak membantu Minji mengambil bintang hitam itu?'

Hati Jiyeon berdetik kecil.Belum sempat mengelamun jauh,dia terbeliak melihat Minji hampir mendapatkan bintang hitam yang tercicir tadi.

"Aku takkan benarkan!"Dengan pantas Jiyeon mencurinya lalu dimasukkan kedalam poket.

Minji sudah hilang sabar.Hampir meletus dia dibuatnya.

Unforgotten Soul.Where stories live. Discover now