•⊰ 26 ⊱•

469 74 6
                                    

Episod 26

Taehyung menggosok gosok matanya.Dirinya seolah olah tidak percaya dengan apa yang dilihat.Takkan ketika ini juga dia diuji?

'Betul ke aku nampak ni?'

Kelihatan Jiyeon sedang tertunduk sambil duduk diatas sofa ruang tamu.Seolah olah mengetahui Taehyung ada,perlahan lahan Jiyeon berpaling ke tepi.

Membulat besar mata Taehyung sebelum mulutnya melopong.

"Aaaaa!!!!"

Secepat mungkin Taehyung menuju ke dapur semula.Kelam kabut dia cuba memberitahu kawan kawannya.

"Jungkook!Aku jumpa hantu!"

Jungkook mempalau Taehyung seketika sebelum sibuk menyusun makanan.

"Jungkook,dengar tak?!"

"Apa ni Tae?Terjerit jerit.Dah jumpa belum pemetik api?"Tanya Namjoon.

Taehyung menggeleng pantas sebelum berlalu kearah Namjoon.Namjoon memandang dengan riak pelik.

"Apa ni,apa?"

"Haaaaannnntuuuuu!!!"

Terpejam mata mereka semua sambil menutup telinga.Fuh,kuat juga jeritan ketakutan si Taehyung ni sampaikan terasa ada angin kencang melalui kawasan mereka.Habis berterbangan rambut mereka semua.

"At least....slow talk boleh tak?"Ujar Jungkook perlahan.Jhope mula menepuk nepuk telinga sebelah kanannya.Takut nanti pekak.

Taehyung mulai berpeluh."Seram wey muka dia!Bahu berbalut,serius dia menakutkan!Muka dia pucat lesi macam besi wey!"

"Ya Tuhan...."Jin hanya mampu mengucap.

Tiba tiba,sesuatu menyapa mereka dari luar dapur.Lembaga memakai hanbok putih itu tersengih kearah mereka.Memang nampak macam cantik hantunya,tapi wajah pucat hantu itu menyebabkan mereka semua rasa gusar.

Serentak mereka semua terkaku dan menegak bulu hidung mereka apabila Jiyeon mula bersuara.

"Korang buat apa?"

"Aaarrrrggghhh!!"

-----💜-----

Semua kelihatan duduk di ruang tamu.Mereka ingin memulakan perbicaraan bersama Suga.Pelbagai soalan harus ditanya kepada lelaki berkulit terlampau putih itu.

Kelihatan Jiyeon berdiri disisi TV sambil tertunduk,Suga duduk di sofa tunggal sambil menongkat dagu, Namjoon duduk bersilang kaki,Jin awkward pandang kiri kanan,Jungkook peluk Jhope,Jhope ketap bibir manakala Taehyung sembamkan muka ke kusyen sofa.

"Apahal korang datang rumah aku ni?"Tanya Suga serius.

Namjoon menyiku lengan Jin.Jin mencebik."Kau tak ingat ke harini,Suga?"

"Harini?Harini hari sabtu la."

"Kepala tempurung mu."Ejek Namjoon,cuba meniru gaya savage Suga.Suga menjeling Namjoon.

Unforgotten Soul.Where stories live. Discover now