SINOPSIS

16.5K 257 16
                                    

BROKEN INSIDE
SIPNOSIS

Dari pandangan mata orang lain,kehidupan gadis bernama Laura Cynthia tiada cacat cela. Sempurna dari segala benda kaya,cantik,baik hati,seorang yang jujur dan banyak lagi perkara baik baik. Semua itu hasil dari didikan ibu bapa Laura yang cukup menyayangi satu satunya anak tunggal mereka.

Laura diajar untuk sentiasa menghormati orang lain. Gadis itu terlalu baik dan polos. Apa saja kehendak kedua ibu bapanya pasti saja akan dituruti. Semuanya tampak senpurna bahagia di mata Laura sehinggalah dia tersepit dengan permintaan ibunya yang tidak dijangka.

Manakala di sisi lain, Mark Jason yang terkenal dengan karismanya yang kacak bergaya kaya serta berpengaruh di dunia mafia. Dia seorang lelaki yang tidak mengenal erti takut akan musuhnya. Sesiapa saja menghalang laluannya pasti akan dibunuh kejam. Walaubagaimanapun dia seorang cucu yang mendengar kata nek wannya.

Tanpa kerelaan masing masing, Laura dan Mark disatukan sebagai suami isteri oleh keluarga mereka yang sudah lama mengenal antara satu sama lain. Laura hanya menuruti tanpa bantahan kerana ingin membalas budi kedua orang tuanya yang menjaga dia dari usia bayi sehingga dewasa tanpa mengeluh walaupun dia bukan anak kandung mereka.

Apakah yang akan terjadi di antara mereka yang disatukan tanpa cinta? Mampukah Laura mengharungi dugaan yang bakal dia tanggung? Adakah cinta Mark akan beralih kepada Laura yang sedia maklum cinta Mark sudah pun dimiliki oleh seseorang gadis yang bernama Scarlet. Scarlet pula tidak mahu melepaskan Mark. Cinta hatinya hanya untuk Mark. Dia tekad untuk merampas kembali Mark dari Laura.

Mencintai tidak semestinya memiliki. Dan apabila memiliki tidak semestinya akan bahagia selamanya. Berjuang selagi mampu untuk orang tersayang. Jangan pernah sia siakan orang yang menghargai kita. Jangan bila dia sudah tiada baru hendak menyesal. Menyesal akhir tiada gunanya lagi.

Setelah penat berjuang untuk meraih cinta dan perhatian Mark, Laura mengalah dengan membawa diri dengan cebisan hati yang terluka. Dan saat itu barulah Mark sedar siapa yang dicintainya. Namun semua itu sudah terlambat. Laura menghilang tanpa dapat dikesan. Masih adakah sinar bahagia untuk mereka berdua?

BROKEN INSIDE ✔Where stories live. Discover now