PART 10 GOODBYE ?

7.2K 163 2
                                    

BROKEN INSIDE
PART 10

Tiga hari sudah Mark tidak sedarkan diri walaupun kecederaan dia tidak berapa teruk. Dia lena bagaikan tidak mahu bangun lagi.

Laura yang setia di sisi tidak pernah mengeluh menjaga Mark.

Sedang dia sibuk bekerja di pejabatnya, seseorang masuk ke bilik pejabat Laura tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Laura berhenti dari menulis sesuatu di kertas kerjanya. Dia mendongak.

Seorang lelaki berkaca mata hitam duduk di hadapan Laura.

“Encik ada buat perjanjian ke dengan saya?” tanya Laura dengan sopan. Mungkin lelaki itu adalah salah seorang pesakit yang ingin menemuinya untuk temu janji perubatan. Lelaki itu menanggalkan kaca mata hitamnya dan diletakkan atas meja. Tangan disilang ke dada. Memandang ke arah Laura tanpa reaksi.

Menggeleng pun tidak. Menjawab pun tidak. Laura mula bosan. Dia perlu menyiapkan kerjanya dengan cepat.

“Kalau encik tak ada appointment. Encik boleh atur appointment dengan nurse saya dan jumpa saya pada hari appointment.” ujar Laura. Dan dia mula menyambung kerjanya yang tergendala tadi.

“Leo Legacy.” Laura tersentak.

“Awak siapa?” soal Laura. Dia mula tidak senang hati. Bala apa lagi ini.

Belum sempat Duncan memperkenalkan diri kepada Laura. Seorang jururawat meluru masuk ke dalam bilik itu.

“Doktor Laura, Encik Lucas sudah bangun dari koma.” Laura terus berdiri. Duncan pun sama terkejut mendengar berita itu. Mereka saling berpandangan sebelum Laura berlari keluar.

Dia terus mendapat Lucas yang masih lemah. Saat dia melihat Laura, wajahnya jelas terkejut. Dahinya berkerut cuma mengingat sesuatu.

Muka dia macam Luke. Tapi tak kan Luke bertukar jadi perempuan. Dan Luke sudah mati.

Kata-kata itu hanya mampu diluah dalam hati. Dia tiada tenaga untuk bersuara. Terlalu lemah untuk membuka mulut. Laura mula mengesan nadinya. Semuanya normal.

“Uncle. Uncle ingat tak siapa nama uncle?” sial Laura untuk memastikan Lucas tiada masalah ingatan. Duncan yang sedari tadi mengekori Laura hanya diam di hujung kaki Lucas. Berharap agar lelaki itu mengenalinya.

Lucas mengangguk lemah. Laura tersenyum nipis. Akhirnya selepas beberapa tahun Lucas terbaring koma, dia masih diberi kesempatan untuk sedar dari lena yang panjang. Laura berasa sedikit lega.

“Uncle rehat dulu. Uncle masih lemah. Nanti saya datang lagi untuk periksa uncle.” ujar Laura lembut. Dia membetulkan selimut Lucas dan lelaki itu kembali tidur.

Laura yang baru sedar akan kehadiran lelaki asing itu mula curiga.

“Encik ni siapa? Ahli keluarga Encik Lucas ke?” soal Laura mendatar. Takut jika orang itu berniat jahat seperti yang berlaku tempoh hari.

“Tak kan nak bincang kat sini?” balas Duncan bersahaja. Dia perasan yang Laura sebenarnya sudah curiga. Laura mengajak lelaki itu ke cafe hospital. Dia tidak mahu bersendirian dengan lelaki itu di bilik pejabatnya. Andai saja lelaki itu berniat jahat, mudah sahaja dia melarikan diri nanti.

“Sampai bila nak jadi bisu macam ni?” Laura mula memecah kesunyian antara mereka setelah sekian lama mendiamkan diri. Dia sudah hilang sabar.

“Saya anak asuhan Lucas. Lucas ialah ayah angkat saya.” Laura terkejut namun reaksi itu cepat-cepat dikawal.

“Ini untuk awak. Selepas awak baca semua dokumen itu, dan apabila awak bersedia awak boleh berjumpa dengan orang ini. Dia adalah peguam keluarga awak.” panjang lebar Duncan menjelaskan dan menyuakan satu sampul surat kepada Laura.

BROKEN INSIDE ✔Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin