PART 2 TRAUMA

10.3K 250 1
                                    

BROKEN INSIDE

PART 2

Eeiiiskkk…. Eeiiisskkk… Eeeiiiiisskk…

Kepala Laura automatik tertoleh ke belakang. Aku kat mana ni? Mamaaaa… Laura takut.

Eiskk .. Eeisskk .. Eeiissk ..

Sekali lagi bunyi kanak-kanak menangis membuatkan Laura berasa takut. Bulu roma terus menegak. Hayunan kakinya dibawa ke mana saja tanpa arah. Semuanya kelam. Bunyi tangisan tadi masih mengekorinya.

Kedua tangannya menekup telinga. Kepala digelengkan.

“Stop it! Tunjukkan diri kamu!” nafas Laura mula tidak teratur. Nafas terasa tersekat di kerongkong. Tercungap-cungap dia mencari nafas.

Dari depan, seorang kanak-kanak mula memunculkan diri. Dia melangkah lemah ke arah Laura. Tangannya dihulurkan ke hadapan seolah meminta Laura menyambutnya. Laura kaku. Wajah kanak-kanak itu penuh dengan darah.

Kakinya mula terundur ke belakang. Menggeletar seluruh badan.

“No. Stay away from me!” bentak Laura nyaring. Namun kanak-kanak perempuan itu tetap melangkah ke arah Laura. Jarak mereka semakin dekat.

“Tolongggg…” pinta kanak-kanak itu lemah. Laura jatuh terduduk. Dia mengesot ke belakang. Wajah kanak-kanak itu jelas kelihatan penuh dengan luka dan darah. Bajunya lencun basah kerana darah.

Sekali lagi tangan kanak-kanak itu dihulurkan ke depan. Laura menelan liur. Kepalanya terdongak sedikit.

Bang! Bang!

Kanak-kanak itu tiba-tiba rebah di pangkuan Laura. Matanya terus membulat.

Aaarrrrgggghhhhh!!!!!

Laura terbangun. Matanya terbuntang luas memandang kipas tergantung elok di siling. Peluh membasahi tubuh. Dadanya berombak kuat. Menggeletar tangannya mencengkam cadar tilam. Mimpi yang sama lagi! Keluh Laura sambil meraup wajahnya kasar.

Laura diserang panik. Tercungap-cungap dia mencari nafas. Dia bingkas bangun dan turun dari katil. Hampir saja dia jatuh semasa menuju ke meja soleknya. Laci meja solek itu ditarik kasar. Sebotol ubat kecil dicapai dan penutupnya dibuka. Sebiji ubat berwarna putih dikeluarkan dan ditelan. Terasa berpinar kepalanya.

Laura terus terduduk di situ. Jarinya mencengkam dadanya kuat. Betapa peritnya apabila diserang panik tanpa diduga. Air mata berlinang di pipi. Perlahan nafasnya mulai teratur. Begitulah keadaan Laura setiap malam. Tidurnya tidak lena seperti orang lain.

Selepas terbangun dari mimpi buruk,dia akan diserang panik kalau dia tidak mengawal emosinya. Dia tahu bahawa mimpi tersebut adalah dari trauma masa lampaunya,namun sedikit pun dia tidak ingat mengapa dan kenapa dia terus menerus bermimpikan hal yang sama. Siapa kanak-kanak dalam mimpi itu juga dia tidak tahu. Kadang-kadang dia tidak berani untuk melelapkan matanya. Takut kanak-kanak yang berlumuran darah itu terus menerus mengganggu tidurnya.

Namun apakan daya. Semua itu berlaku di luar kawalan. Hanya dengan ubat saja dia mampu bertenang. Semua itu ditanggung sendirian. Tidak pernah sekali pun dia menceritakan mimpi tersebut kepada keluarganya. Dia tidak suka berkongsi akan hal begitu. Tidak mahu merisaukan keluarganya.

Laura mula menangis. Dia takut. Takut untuk mengetahui masa silamnya. Dia tahu bahawa dia cuma anak angkat kepada papa dan mamanya. Dia menjadi anak angkat kepada Dato James diusia 5 tahun. Hanya itu yang dia tahu. Dato James dan isteri seolah-olah merahsiakan sesuatu kepadanya.

Namun Laura tidak ambil kisah. Baginya sudah cukup baik keluarga itu mahu menerimanya dan melayan dia dengan seperti anak kandung sendiri. Sedangkan ibu dan bapa kandungnya belum tentu menyayanginya seperti mana keluarga angkatnya itu menyayanginya.

BROKEN INSIDE ✔Where stories live. Discover now