PART 8 THE HEIR

7.6K 181 0
                                    

BROKEN INSIDE
PART 8

“Siapa dia ni?” John mengerutkan dahinya.

“Orang yang bunuh mummy and daddy kandung Laura. Dan juga ada kaitan dengan orang yang membunuh mama dan papa.” John melopong mendengar kata Laura. Laura sudah tahu!

Laura tersenyum pahit. Jelas riak wajahnya tampak sedih. Dia mula berdiri dan terus beredar dari situ. Sempat lagi dia meminta agar John merahsiakan hal itu daripada Mark. John hanya menggelengkan kepala.

Di dalam kereta Laura menundukkan kepalanya ke stereng kereta. Mata dipejam erat. Sesekali terbit keluhan kecil dari mulutnya. Nada dering Senorita berbunyi nyaring. Tanpa melihat gerangan siapa pemanggil, Laura pantas menekan punat hijau pada skrin telefonnya.

Laura membulatkan matanya. Telefon tadi terus dicampakkan ke kerusi sebelah pemandu dan terus memecut keretanya.

Laura terus berlari menuju bilik wad peribadi yang menempatkan Lucas. Pintu diselak. Figura seorang lelaki membelakangkan Laura sedang berdiri tidak jauh dari hujung kaki Lucas. Perlahan Laura mendekati lelaki berbaju kot hitam itu.

“Selama ini kau yang sembunyikan papa aku.” Laura terpaku seketika mendengar suara garau itu. Lelaki itu berpusing dan berdiri menghadap Laura. Laura pula mengerutkan dahinya. Dia tidak kenal siapa lelaki itu.

Louis mula melangkah mendekati Laura. Gadis itu sudah cuak. Terundur sedikit Laura apabila melihat Louis mendekatkan jarak antara mereka. Louis pula tersenyum sinis melihat Laura sudah pucat ketakutan.

“Laura..Laura.. kau tak kenal aku ke?” soal Louis sinis.

“Kan lagi bagus kalau orang tua tu mati sekali. Hidup pun menyusahkan orang je.” sambung Louis mendatar tanpa perasaan. Kini Laura bersandar di dinding bilik itu. Tiada ruang untuk melarikan diri.

“Apa kau nak?” bidas Laura sedikit keras. Cuba menguatkan diri. Louis ketawa kecil. Dia mula menjauhkan jarak antara dia dan Laura. Louis mula menghampiri Lucas yang terbaring bagai mayat hidup. Tangan kanannya diseluk ke dalam poket baju dan mengeluarkan picagari berisi cecair kuning. Picagari itu sengaja ditayang kepada Laura yang masih bersandar di dinding itu.

Laura membuntangkan matanya. Pantas dia berlari ke arah Louis untuk menghalang perbuatan lelaki itu namun malangnya Louis terus mencekik leher Laura. Kedua tangan Laura cuba untuk melepaskan cengkaman Louis. Lelaki itu kuat berlipat ganda darinya.

“Tolong jangan apa-apakan uncle.” rayu Laura sayu. Air mata mula mengalir di pipi menahan perit cengkaman di lehernya. Louis hanya tersenyum jahat. Dia menguatkan lagi cengkaman di leher Laura. Sengaja menyeksa gadis itu. Tidak sia-sia dia mengekori konco-konco Duncan tempoh hari sehingga dia mendapat maklumat bahawa ayah yang dia bunuh dahulu masih hidup dan dijaga oleh Laura. Dia terus bergegas ke hospital itu untuk mengesahkan sendiri tentang ayahnya yang koma akibat kemalangan yang Louis sendiri rancang.

Nafas Laura mula sesak. Kukunya mencakar-cakar kulit lengan Louis. Lelaki itu tidak berganjak sedikit pun.

“Kau pilih antara dua.” ujar Louis memberi pilihan. Laura segera mengangguk dengan payah. Good girl! Louis senang hati. Picagari tadi sengaja dihalakan ke arah Lucas yang terbaring lemah. Louis tidak sedikit pun rasa simpati kepada ayahnya yang sedang sakit. Inilah ciri-ciri anak derhaka.

“Kau ikut aku atau dia mati.” sambung Louis seraya melepaskan cengkamannya pada Laura. Gadis itu terus melorot jatuh. Leher yang sakit diramas perlahan. Terbatuk-batuk dia cuba untuk mencari nafas. Matanya tajam memandang wajah Louis. Sanggup kau nak bunuh ayah kau sendiri! Jeritan itu hanya bergema dalam hati. Dia takut Louis akan bertindak di luar kawalan. Laura mengangguk perlahan tanda dia setuju untuk mengikuti Louis.

BROKEN INSIDE ✔Where stories live. Discover now