PART 16 - MISSION FAILED

6.9K 154 0
                                    

BROKEN INSIDE
PART 16

Candle light dinner by the pool. Ada swimming pool harus diguna kan sebaik mungkin. Laura menepuk-nepuk tangannya. Dia berpuas hati dengan hasil kerjanya sendiri. Seawal 3 petang dia sudah tercongok di situ. Di rumah agam milik Mark. Yang pastinya dia di situ tanpa pengetahuan Mark. Semua pembantu rumah bertungkus lumus membantu Laura.

Dari masakan hinggalah ke kek hari jadi Mark yang ke-32, semuanya adalah air tangan Laura sendiri. Walaupun letih, namun berbaloi untuk yang tersayang. Seperti yang dirancang, John sedaya upaya memastikan Mark akan sibuk sepanjang hari di pejabat agar lelaki itu leka dengan kerjanya dan akan pulang lewat untuk memberi ruang kepada Laura.

Beribu macam dalih yang dicipta John agar lelaki itu sibuk. Dah macam tukang tipu pula. Si George pula diarahkan untuk membantu Laura. Dia tidak membantah. Malah lebih suka membuang masa di rumah majikannya daripada duduk di pejabat yang memeningkan kepala. Jangan cakap George tak pandai buat kerja pejabat. Nak jadi lawyer pun boleh. George bukan sebarang George. Apa aku merepek nih. Huahahha.

Laura menjerling jam tangannya. Tinggal satu jam lagi. Suaminya akan pulang ke rumah seperti biasa. Laura tersenyum riang. Tak sabar nak surprise kan encik suami. Semua pembantu di suruh pulang. Kini hanya dia dan George yang tinggal di situ. Beserta beberapa bodyguard yang sentiasa menjaga keamanan rumah agam itu.

Laura bergegas mandi membersihkan diri. Si George sudah menghilang ditelan kegelapan.

Laura menyanyi-nyanyi kecil sambil mengambil tuala mandi dalam almari. Tidak dinafikan walaupun bertahun Mark dan Laura tidak bersama, semua pakaian Laura masih tersimpan rapi di dalam almari itu. Laura mengukir senyuman. Satu dress yang agak seksi di ambil. Sempat dia shopping ditemani oleh abangnya Samuel membeli baju tersebut.

Misi memikat suami punya pasal. Laura malu sendiri. Sebelum melangkah masuk ke bilik mandi, Laura menoleh ke belakang. Macam ada orang tengah intai. Firasat je kot. Laura menoleh ke kiri dan ke kanan. No one. Laura menjungkit bahunya dan mula menyanyi dengan riang walaupun suara sumbang. Oppss 😂

~~~~~~~~

Mark tersenyum sendiri melihat skrin laptop sambil mengetuk hujung pennya ke meja. Dia tersentak apabila John datang masuk ke bilik pejabatnya dan menghentak beberapa fail di atas meja Mark. Dah macam orang tengah tak puas hati John lagaknya.

Mark mengangkat kening sebelah memandang John. John bersilang tangan membalas renungan Mark. Dengan selambanya.

“Kau nak dera aku ke apa?” soal Mark tidak puas hati.

“Dah memang kerja kau kan. Buat je lah.” uishhhh berani mati betul si John ni menjawab ya. Skrin laptop tadi ditutup.sebelum sempat John mengintai.

“Amboiiii. Cantik bahasa. Aku ke kau yang boss sebenarnya?” kini Mark pula yang bersilang tangan. Muka John berubah kelat. Apa aku dah cakap ni. Mulut punya pasal lah ni. Nak je hempuk kepala sendiri. Okay. Silakan John.

“aku ada kat luar kalau kau perlukan aku. Okay cau.” cepat-cepat John keluar dari situ apabila melihat wajah Mark berubah tegang. Tahu takut.

Selepas John menghilang si sebalik pintu ajaib, eh pintu pejabat. Mark kembali on skrin laptopnya. Senyuman terukir di bibir. Tidak sabar hendak pulang ke rumah seperti yang dirancang oleh Laura. Dia ketawa sendiri. Macam mana lah mereka boleh lupa yang itu ialah rumah Mark. Dan sudah semestinya Mark lebih mengenali keadaan di rumahnya. Mark mengeleng kepala sebelum menyambung kembali kerja yang John sengaja buatkan untuk dia. Tidak mengapa. Stick to the plan Mark. Play along with them.

~~~~~~~

Laura menilik dirinya sendiri di cermin. Laura mengenakan simple makeup. Secalit lipstik merah. Sudah cukup buat dirinya yang memang sudah terserlah kecantikan semula jadi.

BROKEN INSIDE ✔Where stories live. Discover now