PART 3

9.8K 207 2
                                    

BROKEN INSIDE
PART 3

Selepas selesai mandi,Laura melangkah menuju ke almari pakaian miliknya. Sehelai dress paras paha berwarna biru laut diambil dan disarungkan ke badannya yang ramping. Dia perlu tiba di airport sebelum jam 2 petang untuk mengambil seseorang. Seseorang yang dirinduinya. Dan disebabkan seseorang itulah dia sanggup menerima perkahwinan tanpa cinta itu.

Oh lupa kenalkan. Nek wan ini ialah nenek kepada Mark. Nenek tersayang kononnya. Nek wan sudah seperti neneknya sendiri. Namun sepanjang dia mengenali nek wan,Laura tidak pernah bertemu dengan Mark. Mungkin kerana selama ini Mark menetap di luar negara dan jarang pulang ke tanah air. Sebab itu dia tidak mengenali wajah Mark ketika majlis perkahwinan tempoh hari.

Usai bersolek sesimple mungkin,Laura tidak suka bersolek tebal-tebal macam badut. Lebih kepada natural beauty gitu. Laura terus melangkah keluar dari bilik dan menuju ke tingkat bawah. Di anak tangga terakhir, dia terserempak dengan John.

“Morning Chyn.” sapa John lembut sambil mempamerkan senyuman manisnya.

“Morning. Awal you sampai?” balas Laura sambil mengambil kunci kereta yang tergantung di rak tempat mengantung kunci kereta.

““Ya . I datang ni nak ambilkan fail Mark yang tertinggal dalam bilik dia. You cantik-cantik ni nak pergi mana?” panjang berjela jawapan si John.

Dahi Laura berkerut sedikit. Mark tak pulang lagi ke malam tadi? Monolog Laura sendiri.

“Mark mana John?” pertanyaan John dibalas dengan soalan. Giliran John pula kehairanan.

“Eh? Bukan Mark dah awal sampai kat ofis ke? You tak tau?” soal Mark sambil menggaru keningnya.

“Erm. Aaa aaah. Lupa pula yang Mark awal turun pejabat tadi. Hihi" Laura tersenyum kelat. Semenjak kejadian seminggu yang lepas, Mark seolah-olah mengelak darinya. Mereka jarang bertemu walaupun duduk serumah. Mark seakan menyembunyikan sesuatu darinya. Namun semua itu diendahkan sahaja.

Baru saja Laura mengorak langkah untuk beredar, John segera menahannya.

“Eh you nak pergi mana ni? Bahaya you keluar sorang-sorang. Nak I ikut?” Laura pantas menoleh. Kening diangkat sebelah. Dah kenapa? Apa yang bahaya? Ahhh pening kepala.

“Apa yang bahaya nya? I bukan budak kecik la. Merepek je you ni.” ujar Laura sambil ketawa sedikit. Lucu mendengar kata John.

“Dah lah. I dah lambat ni. You pergi lah naik bilik Mark ambil fail dia. Nanti dia marah you pulak kalau you lambat.” Sempat lagi Laura berpesan kepada John sebelum dia pergi ke garaj untuk mendapatkan keretanya.

John yang terpinga-pinga ditinggalkan di situ cepat-cepat mendail nombor telefon Mark. Namun tidak berjawap. Masak lah aku ni nanti kalau Mark tahu Laura keluar seorang.

Tanpa berlengah John terus berlari naik ke tingkat atas menuju ke bilik bacaan Mark. Fail yang dipesan terus diambik di atas meja. Dan dia terus keluar dari rumah itu cuba untuk mengejar Laura. Bimbang apa-apa terjadi kepada isteri majikannya yang merangkap kawan baiknya.

Kot baju berwarna putih di tempat duduk belakang diambil dan terus disarung ke badan. Laura terus mengorak langkah masuk ke dalam bangunan itu. Personaliti Laura terus berubah 360 darjah. Wajahnya serius dan dingin.

Semasa melimpasi bahagian kaunter pendaftaran,semua jururawat di situ menundukkan badan tanda menghormati gadis itu. Tiba di depan satu bilik wad private, kaki Laura berhenti sejenak. Dia menarik dan menghembus nafasnya perlahan. Pintu sliding door di selak perlahan.

Bau ubat menerjah lubang hidung. Namun Laura sudah terbiasa. Di penjuru bilik itu seseorang sedang terbaring lemah. Wayar-wayar bersambung di badan lelaki itu jelas menunjukan bahawa dia bergantung hidup dengan machine itu.

BROKEN INSIDE ✔Where stories live. Discover now