PART 4

8.4K 226 18
                                    

BROKEN INSIDE

PART 4

Louis Mansion

Seorang lelaki berpakaian jaket kulit hitam dan menggunakan penutup mulut hitam serta bertopi masuk ke dalam salah sebuah bilik di rumah agam kepunyaan Louis.

Ketukan di pintu disahut dari dalam. Membenarkan dia untuk masuk.

“Everything settle?” soal Louis yang duduk di kerusi membelakangkan lelaki berbaju jaket kulit hitam itu. Perlahan dia berpusing menghadap lelaki itu.

Tangan kanannya menongkat dagu dan sebelah pula mengetuk meja mengikut rentak irama dalam hati. Lelaki berbaju jaket kulit hitam itu sekadar menggangguk. Louis tersenyum senget. Gembira dengan khabar itu.

Dia menepuk tangan dengan kuat.

“Good job. Tak sia-sia aku manfaatkan kau.” puji Louis tidak ikhlas. Kemudian dia menyerahkan satu sampul surat berwarna coklat kepada lelaki itu.

“Kau boleh pergi. Dan ini habuan yang selebihnya. Berambus.” halau Louis dengan kasar. Dia memang begitu. Angkuh, sombong dan bodoh. Tanpa bersuara sepatah pun, lelaki itu terus mengambil sampul surat tersebut dan terus beredar dari situ.

Pintu ditutup rapat. Louis mula ketawa dengan galaknya.

Kau akan musnah Laura. Aku akan hancurkan kau perlahan-perlahan. Bermula dengan orang yang kau sayang. See you in hell baby!

Louis bagaikan orang kurang siuman. Ketawanya semakin kuat bergema di bilik itu. Sebelah tangannya mengambil gelas berisi arak dan diminum rakus. Dan sekeping gambar Laura yang sedang tersenyum manis dilorek mengunakan pisau kecil. Dendamnya kian membara. Dia bersumpah akan menghapuskan gadis itu dengan tangannya sendiri.

Seketika kemudian seorang gadis tak cukup kain masuk ke dalam bilik itu. Dengan gaya menggoda,dia terus memeluk tubuh Louis dari belakang. Louis tidak berpaling. Dia kenal dengan bau wangian gadis itu.

“Tidak lama lagi kau tak perlu bersusah sayang. Kerana perempuan itu akan mati.” bisik Louis sebelum berpaling ke arah gadis itu dan mencium rakus bibir merah gadis itu. Gadis itu membalas ciuman rakus Louis dan tangannya mula menjalankan tugas. Kedua-duanya mula berbogel dan berlakulah aksi dewasa di atas ranjang.

~~~~~~~~~~~~~

LAURA CYNTHIA

Bunyi alarm di telefon membingitkan telinga memaksa aku untuk mencelikkan mata. Jam ditangan dijerling kilas dan aku bingkas bangun menuju ke bilik air. Berus gigi dicapai aku mula memberus gigi.

Seketika keluhan terbit di bibirku. Seminggu selepas peristiwa menyakitkan itu berlaku aku menginap di hospital tempat aku bekerja. Aku belum cukup kuat untuk berdepan dengan Mark. Kata-kata Mark tempoh hari masih berbekas dihatiku.

Deringan telefon tanda ada pesanan ringkas masuk menghentikan lamunanku. Telefon jenama huawei p30 berwarna biru itu dikeluarkan dari poket baju dan skrin ditekan ke tepi. Satu pesanan ringkas masuk ke aplikasi whataps.

UNKNOWN NUMBER

📩 Hi bitch. Tak sabar nak tengok you mati. Neraka kirim salam kat you!

Erk? Babi mana pula hantar mesej bodoh macam ni? Eh salah. Babi mana tahu guna telefon. Setan.

Termasuk kali ini,sudah berpuluh mesej berbaur ugutan yang aku terima. Malas nak ambil tahu. Baik jangan layan.

Aku kembali termenung. Sebenarnya aku rindu akan Mark. Rindu yang tak terkata. Mark… Kenapa awak tak pujuk saya untuk balik ke rumah? Sekali lagi aku mengeluh. Air jernih mula mengalir di pipi. Seketika kemudian siren kecemasan di hospital itu berbunyi nyaring.

BROKEN INSIDE ✔Where stories live. Discover now