PART 18 - LET IT GO

7K 151 0
                                    

BROKEN INSIDE
PART 18

Laura menanggalkan cermin mata hitamnya. George berdiri di sebelahnya sambil berpeluk tubuh. Dari tadi dia asyik menguap kebosanan. Sampai naik pelik Laura melihatnya. George ditoleh sekilas.

"Kau buat apa malam tadi? Ni entah ke berapa juta kali aku tengok kau menguap. Kau merayap anak dara orang ke apa." George tersentak. Uishhh. Main sedap mulut je cakap aku nak skodeng anak dara orang. Tak main lah anak dara ni. Bagus lagi kalau main dengan bini. Eh? Tapi kau tak de bini lah George. Hikhik.

"Aku bosan lah. Dari tadi kita berdiri tercegat kat sini macam tunggul. Kata tadi nak jenguk dia. Ni tengok dari sini je. Kalau Mark tahu, mahu aku yang kena belasah ni." Balas George panjang. Sekali lagi dia menguap. Laura menjeling tajam. Seorang doktor lelaki berpakaian serba putih datang menghampiri Laura dan George dari belakang.

"Cik Laura. Cik tak dibenarkan masuk. Cik hanya boleh lihat pesakit dari luar bilik ini sahaja. Sebab emosi pesakit tak stabil. Takut nanti boleh mencederakan cik." Laura hanya mendengar kata-kata doktor itu. Dia mengerti mengapa mereka tidak membenarkan dia masuk. Kelihatan Scarlet ketawa seorang diri.

Dia yang dulu serba sempurna cantik kini kusut tidak terurus. Sekejap dia menunjuk sesuatu ke dinding. Dan kemudian ketawa. Dahi Laura berkerut. Scarlet menoleh tepat ke arahnya. Pandangan tajam diberikan kepada Laura. Atau lebih tepat memandang pintu tempat Laura berdiri. Serta merta Scarlet menangis meraung kuat sambil menyembunyikan diri di bawah katil. Rambutnya juga ditarik kuat sehingga kepalanya sendiri terdongak ke atas.

"Kenapa dia macam tu doktor?" Soal Laura sambil berkerut dahi menoleh ke arah doktor lelaki itu yang dikenali dengan nama Doktor Ying. Seorang doktor berbangsa cina.

"Dia dihantui kesilapan dia sendiri. Sepanjang pemantauan saya, dia macam menyesal sebab dah bunuh seseorang yang dia sayang. Sebab itu dia jadi macam ni. Hilang akal. Tak dapat terima kenyataan." Laura kembali mengalihkan pandangannya ke hadapan.

"Dia juga sering sebut nama Mark. Lelaki itu yang dia bunuh dalam ingatannya." Sekali lagi Laura mengeluh. Bibirnya dikemam kuat. Menahan rasa. Bukan Mark yang kau bunuh. Tetapi aku! Laura berpeluk tubuh sebelum dia memusingkan badannya membelakangkan bilik yang menempatkan Scarlet di hospital sakit mental itu.

Langkahnya mula diatur menjauhi bilik itu. George mengikuti dari belakang. Laura mula bermonolog dalam hati.

Ini adalah balasan untuk semua perbuatan jahat yang pernah kau lakukan. Seorang hilang nyawa. Seorang pula hilang akal.

"Kita singgah kejap kat kedai ni." Laura menghulurkan telefon bimbitnya untuk menunjukkan tempat yang dikatakan tadi. Berkerut dahi George. Jadi supir tak rasmi lah aku ni. George mula merungut. Muka nya menunjuk reaksi tidak puas hati.

"Kenapa pula?" Soal George dengan nada tidak puas hati. Dia kalau dengan Laura sempoi je bercakap. Kalau dengan Mark, mahu kecut perut tengok wajah bengis majikannya itu. Tapi itulah. Bengis bengis Mark, lelaki itu berhati lembut di dalam. Aisehhhh. Dah serupa gay pula.

"Craving something from there. Jangan banyak cakap lah. Drive je." Laura sempat memberi jelingan kepada George sebelum matanya kembali beralih ke skrin telefon. Menghantar pesanan untuk yang tersayang. Ngehhhh. Laura tersenyum sendiri.

Laura terus saja masuk ke kedai itu tanpa menunggu George yang masih terkial-kial keluar dari perut kereta. Biar kena ngap terus dengan kereta tu pun Laura tak kisah. George menyandarkan badannya ke pintu kereta. Sebatang rokok dinyalakan sementara menunggu Laura.

Di dalam kedai itu Laura menunggu dengan penuh sabar. Liur ditelan berapa kali menahan rasa. Tergoda dengan bau wangian masakan di dalam kedai itu. Kedai itu merupakan kedai yang menyajikan masakan seafood. Awal pagi sebelum bertolak ke hospital untuk melawat Scarlet, dia sudah mengidamkan makanan tersebut.

BROKEN INSIDE ✔Where stories live. Discover now