PART 15 MISSION ON

6.7K 163 3
                                    

BROKEN INSIDE
PART 15

Mark masih tekun menghadap kertas kerjanya. Seboleh-bolehnya dia cuba mensibukkan diri dengan kerja yang tiada kesudahan kerana tidak mahu terfikir tentang Laura. Dia rindu. Tetapi rindu itu cukup menyeksa jiwanya.

Mark mula melemparkan kertas kerja itu ke mejanya. Runsing. Pening. Kusut. Berserabut. Semuanya bergabung dalam satu kepala. Mark memicit dahinya sambil memusingkan kerusi pejabat itu menghadap ke cermin besar di biliknya itu.

Dari bilik pejabat Mark itu, dia boleh melihat semua bangunan pencakar langit kerana pejabat yang dimilik oleh Mark itu berda di tingkat teratas syarikat miliknya.

Semua bangunan pembangun dengan pesat seiring dengan peredaran masa. Dunia pun semakin maju dengan teknologi yang semakin canggih. Sesekali terbit keluhan dari mulut Mark.

Ketukan di pintu menyentakkan Mark dari lamunan. Seorang secretary Mark masuk ke dalam selepas mendapat kebenaran dari Mark.

“Tuan, tuan ada panggilan dari luar negara.” ujar secretary Mark. Dania. Apabila John sibuk menguruskan hal pejabat yang lain, Dania akan mengantikan John dalam urusan urusan tertentu. Dahi Mark berkerut mendengar kata-kata Dania.

“Kenapa tak sambungkan ke talian saya?” soal Mark dingin. Menyusahkan. Muka Dania berubah kelat.

“Err dia kata tak dapat call tuan. Sebab tu dia call telefon pejabat.” Dania berhati-hati menuturkan kata-katanya. Silap bagitau, habislah kena makan. Makan sumpah seranah.

Mark mengeluh berat. Kemudian mengangguk. Dania bergegas keluar dan menyambungkan panggilan tersebut. Tiada salam diberikan, pemanggil terus menerjah memanggil nama Mark.

“Yoooo Mark Jason!” Mark menjauhkan gagang telefon itu dari telinganya. Boleh pekak aku macam ni. Bebel Mark dalam hati. Gagang telefon kembali didekatkan ke telinga sebelum mata Mark terbuka luas.

“I has been waiting for your call.” ujar suara tersebut. Mark mula mengenali suara itu.

“For what?” Mark menyoal kembali.

Kedengaran Emanuel ketawa di hujung talian. Tangan sebelah di masukkan ke poket baju kot putih yang dikenakannya. Dia baru saja selesai memeriksa pesakit. Badannya disandarkan ke bucu meja.

Mata Mark terbuntang luas. Tidak percaya dengan perkhabaran Emanuel sebentar tadi. Kalau betul Laura sudah pulang ke sini, di mana dia sekarang? Seminggu pula tu. Mark meraup wajahnya kasar. Nampak sangat Laura tidak mahu berjumpa dengannya lagi. Dia kecewa.

~~~~~~~

Punggung Laura terasa lengguh. Dia duduk sebentar di sofa lembut itu. Setelah puas melihat sekeliling yang sudah bersih kini Laura beralih ke dapur. Belajar memasak makanan kegemaran encik suami.

Selepas pulang dari negara Barat,Laura terus pulang menemui Nek Wan dan meminta wanita itu mengajarinya memasak makanan kegemaran Mark. Laura mula belajar mengenai semua kegemaran Mark. Yang menjadi mangsa ialah John.

Apabila Laura mula memasak, lelaki itu akan menjadi juri tidak sah Laura. Dari makanan hangus,rentung,pahit,masin,manis sehingga akhirnya Laura berjaya menguasai memasak makanan kegemaran Mark, si John lah yang terpaksa merasai semua itu.

Hanya Mark saja yang tidak tahu dia sudah pulang ke tanah air. Dia merancang sebuah kejutan untuk Mark. Misi menambat hati suami. Mission on!

John dan George juga bersubahat dengan Laura. Begitu juga dengan Nek Wan dan keluarga Laura. Masing-masing gembira dengan perubahan Laura yang tidak lagi mementingkan diri sendiri.

Tempoh yang dirancang ialah seminggu dari sekarang dia akan memberi kejutan kepada Mark. Iaitu pada ulang tahun kelahiran Mark. Walaupun dia tahu melalui Nek Wan bahawa Mark tidak suka menyambut hari lahirnya, namun Laura yakin Mark pasti akan menyukai kejutannya kali ini. Semuanya handmade.

BROKEN INSIDE ✔Where stories live. Discover now