PART 17 - NEW LIFE

7.7K 145 1
                                    

BROKEN INSIDE
PART 17

Selimut berwarna kuning cair itu ditarik hingga ke paras dada nek wan. Laura lega, walaupun tekanan darah nek wan masih tidak stabil, sekurang-kurangnya nek wan sudah kembali pulih dari pening kepala.

Laura yang masih bekerja di kliniknya kalut pulang ke rumah apabila mendapat panggilan daripada pembantu peribadi nek wan mengatakan wanita itu pitam kerana sakit kepala.

Bergegas Laura meninggalkan klinik yang baru berapa hari dibuka. Untuk pengetahuan semua, Laura kini telah membuka klinik kesihatan sendiri. Mark menyokong seratus peratus keputusan isterinya untuk berhenti di hospital kerajaan.

Selepas memberi ubat kepada nek wan, Laura keluar dari bilik itu. Dia terus menuju ke ruang tamu. Di situ Mark menunggu Laura yang sedang merawat nek wan. Sejak kebelakangan ini kesihatan wanita itu merosot disebabkan faktor usia.

Disebabkan itu juga lah nek wan kini tinggal serumah dengan Mark dan Laura agar memudahkan Laura memantau kesihatan nek wan. Semua perniagaan nek wan diserahkan kepada Mark untuk diuruska. Memang patut pun dia bersara daripada semua itu. Hanya memudaratkan kesihatan.

Laura memicit belakang lehernya yang terasa lenguh. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Mark. Mark memusing badannya menghadap Laura. Isterinya itu tampak berseri-seri. Macam baru habis buat rawatan spa saja. Mark menguntum senyuman.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Berkerut dahi Laura melihat telatah Mark yang tersengih seperti kerang busuk.

"Sayang cantik sangat lah. Berseri-seri muka tu." Balas Mark sambil mengucup bibir Laura secepat kilat. Terbeliak mata Laura.

"Hey! Ambil kesempatan!" Marah Laura sambil menampar lembut lengan Mark. Lelaki itu sekadar tersengih. Macam orang angau.

"Nek wan macam mana?" Tanya Mark menukar topik perbualan. Nanti ada yang jadi ketam. Laura kembali menyandarkan kepalanya ke sofa.

"Nek wan dah tidur. Kesan ubat yang Laura bagi kot. Biar lah nek wan rehat." Laura memejamkan matanya. Kemudian tangan Mark melingkari pinggang Laura. Hanya dibiarkan saja. Dia lebih selesa begitu. Kepalanya dilabuhkan ke bahu Mark. Menghidu bau badan Mark yang terasa menyenangkan. Pelik bukan? Hahaha tapi itu lah pengubat rasa letih Laura. Dia lebih tenang selepas memeluk suaminya itu.

Mark faham dengan perangai Laura yang satu ini. Sukar untuk dijangka. Manja. Mark mula mencium ubun kepala Laura. Dari kepala turun ke telinga Laura. Laura mengeliat kegelian.

"Ehemmm!" Mereka serentak duduk tegak. Siapa pula berdehem tu? Perlahan Mark dan Laura menoleh ke belakang.

"Agak-agak lah bro. Kalau nak berasmaradana pergi lah masuk bilik. Tercemar bijik mata aku. Tahu lah aku ni tengah single." Ujar John selamba sambil bersilang tangan. Muka Laura memerah. Sejak bila pula John berdiri kat situ? Mark pun satu. Tak kan tak ingat dengan pekerja sendiri ada kat situ kot. Mark menjongket kening sebelah.

"Dah tu? Tak tahu jalan balik ke?" Kata Mark sinis. John melopong. Dia pasrah. Tadi bukan main lagi ajak dia balik ke rumah. Sekarang nak halau pula. John terus menonong keluar dari rumah itu.

"Tadi kau juga yang paksa aku ikut kau balik. Dah lah bagi banyak kerja macam tak ada hari esok. Memang nak dera aku ke apa." John merungut dengan nada perlahan. Hampir berbisik tetapi masih boleh didengari oleh Mark.

"Eh banyak bunyi pulak burung gagak ni. Nak kena potong gaji ke apa?" Ugut Mark dengan nada dingin. Laura tersenyum melihat gelagat John yang tiba-tiba berdiri tegak. Tadi bukan main lagi macam pokok bunga layu yang nak mati je bongkokkan badan tanda protes. Sekarang automatik jadi berseri balik.

BROKEN INSIDE ✔Where stories live. Discover now