PART 19 - PREGNANT

7.5K 147 0
                                    

BROKEN INSIDE
PART 19

Mark mengusap wajah Laura yang masih terlena. Letih muntah dari tadi. Wajah yang pucat itu sesekali dicium lembut. Apabila mahu diajak pergi ke klinik Laura menolak. Katanya dia tidak apa-apa kerana dia tahu keadaannya sendiri memandangkan dia sendiri doktor. Mungkin banyak sangat makan seafood kelmarin. Mark sendiri naik pelik dengan Laura. Bukan kah gadis itu selama ini tidak berapa suka akan makanan itu. Kalau dia termakan pun dia akan termuntah.

Tapi semalam elok saja dia menjamah makanan tersebut yang dibelinya di sebuah kedai makan. Kata George dia juga turut menjamah beberapa bungkus kecil sebelum pulang ke rumah. Mungkin terlebih makan menyebabkan dia berasa loya. Loya? Mark masih berfikir.

Laura bingkas bangun dari tidur dan memecut masuk ke dalam bilik air. Terkeluar semua isi perutnya. Laura terduduk lemah. Mark yang melihat cepat-cepat mendapatkan Laura. Belakang isterinya diusap perlahan.

"Sayang jom kita ke klinik." Laura mengeleng mendengar kata Mark. Masih berdegil. Ini lah akibatnya apabila makan tak ingat dunia.

Nek wan masuk ke bilik pasangan suami isteri itu apabila mendengar suara Laura muntah. Uishhh sampai ke bilik nek wan boleh dengar suara Laura. Sakit sangat agaknya. Wanita itu mula kalut melihat Laura yang masih duduk berdekatan dengan mangkuk tandas. Tidak larat.

"Ya Tuhan! Kenapa dengan isteri kamu ni Mark?" Nek wan terus menolak Mark ke tepi. Dia pula yang terlebih risau. Laura tersenyum tipis.

"Laura salah makan lah nek wan. Sebab tu muntah banyak sangat." Berkerut dahi tua itu mendengar jawapan Laura. Nek wan yang tadi mencangkung di tepi Laura kini mula berdiri mendekati Mark. Lengan cucu tunggalnya itu ditampar kuat. Terkezutt Mark dengan tindakan drastik nek wan.

"Nek wan tak kira. Kamu bawa bini kamu ke klinik. Entah-entah ada orang yang dah menumpang perut bini kamu." Nek wan mula berleter. Hati tuanya meneka sesuatu. Tak sabar nak terima berita gembira. Mark masih lagi tercegat. Nek wan mula bercekak pinggang. Budak ni memang nak kena tibai.

"Kamu tunggu apa lagi? Siap cepat. Nek wan pun nak ikut kamu hantar Laura ke klinik." Usai berkata begitu, nek wan terus memapah Laura duduk ke katil. Mark pula sudah berlari mendapatkan kereta. Selepas bersiap ala kadar, mereka pun mula bertolak ke klinik.

"Tahniah Laura. Kau pregnant almost 4 weeks!" Doktor Jane teruja menyampaikan berita gembira itu. Nek wan mengucap syukur. Akhirnya dia akan dapat cicit. Laura dan Mark saling berpandangan sebelum mereka sama-sama tersenyum. Hati siapa yang tidak teruja. Mereka bakal bergelar mummy and daddy to be! Terus saja Laura memeluk Mark tanpa segan silu. Doktor Jane berdehem.

"Tapi kau kena jaga pemakanan lah. Aku tengok kau terlebih makan seafood kan? Bukan kau tak boleh makan benda alah tu ke? Pelik pula aku dengan kau ni. But well, maybe penangan baby junior kot." Laura sudah tersengih mendengar bebelan Jane. Dia hanya mengangguk. Kemudian dia juga dinasihati agar tidak melakukan kerja berat kerana usia kandungan masih baru. Mark tidak melepaskan gengaman tangan Laura. Teruja dengan nasihat Jane.

Terus saja Mark menghubungi abang-abang Laura untuk berkongsi berita gembira itu. Masing-masing teruja apabila mengetahui Laura mengandung. Sekarang Mark pula yang terlebih protective. Mark tidak membenarkan Laura untuk masuk ke dapur. Melainkan dia yang memasak untuk Laura.

"Bosan lah saya kalau macam ni. Nak juga memasak untuk awak." Laura sudah memuncungkan mulutnya apabila Mark berkeras melarang dia bekerja di dapur. Laura terasa tidak selesa membiarkan nek wan di dapur. Sepatutnya dia yang memasak untuk keluarga bukan nek wan.

"Sayangggg. Awak duduk je diam-diam with our baby. Jangan lasak." Bahu Laura ditepuk perlahan dan Mark mula memasak makanan makan malam di dapur. Tinggal Laura dengan TV entah apa-apa rancangannya. Lama kelamaan Laura terlelap.

BROKEN INSIDE ✔Where stories live. Discover now