PART 9 INJURED

6.9K 169 0
                                    

BROKEN INSIDE
PART 9

Laura tergamam.

Louis tidak bergurau dengan pistol ditangannya. Perlahan dia mendekati Laura. Laura tidak melawan ketika Louis menarik lengan Laura untuk mengikuti langkah Louis.

Mark sedang bergelut dengan konco-konco Louis ketika Louis melaung nama Mark. Serta-merta mereka semua berhenti memandang Louis dan Laura.

“Mark!” Mark yang tercungap-cungap selepas berlawan segera mengalihkan matanya ke arah Louis. Laura!

Louis mengacukan pistol ditangannya ke kepala Laura sambil sebelah tangan pula merangkul leher Laura dari belakang.

“Letakkan senjata korang semua.” arah Louis lantang. Mark segera melepaskan pistol di tangan. Begitu juga dengan konco-konco Mark yang lain. Louis tersenyum puas. Scarlet pula entah kemana, mungkin takut selepas mengetahui Mark datang ke situ untuk menyelamatkan Laura.

“Lepaskan bini aku Louis. Dan perkara ini akan settle dengan mudah.” Mark cuba untuk.tawar menawar dengan Louis. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu Laura tercedera.

Louis mula ketawa seperti orang hilang akal.

“Tidak! Sampai bini kau ni setuju untuk lepaskan semua harta Leo Legacy kepada aku.” Louis enggan mengalah. Laura mengetap bibir. Dia perlu cari jalan untuk melepaskan diri. Kemudian matanya beralih ke arah Mark. Berharap agar lelaki itu memandangnya.

Mark perasan akan gerak anak mata Laura yang ingin mengisyaratkan sesuatu. Mark mengeleng perlahan. Tanda dia tidak setuju Laura membuat perkara yang melulu. Namun gelengan itu dibalas senyuman manis oleh Laura.

Dalam kira tiga, Laura terus memijak kaki Louis sekuat hatinya dan menyiku perut lelaki itu. Serentak itu Mark dan yang lain-lain terus mengambil senjata masing-masing dan bertempur semula. Mark pula berlari ke arah Laura yang berjaya melepaskan diri.

Dari belakang Laura, Louis yang masih menahan sakit bangkit dan menghalakan pistol ke arah Laura. Picu sedia ditarik sebelum tembakan dilepaskan.

Mark yang melihat dari depan membuntangkan matanya. Laura sempat menoleh ke belakang apabila Mark berteriak memanggil namanya. Dunia terasa terhenti. Tembakan dilepaskan tepat menuju ke arah Laura.

Mata dipejam erat. Selamat tinggal Mark!

Tapi sepi. Dia masih bernafas. Tak rasa sakit pun kena tembak? Laura mencelikkan matanya. Laura melopong. Mark yang ditembak bukan dia.

Mark yang segera melindungi Laura terkena tembakan itu. Mark sempat membalas tembakan Louis. Dia melelaskan tiga das tembakan tepat ke jantung Louis. Lelaki itu terus rebah di situ.

Laura terus menangkap tubuh Mark yang rebah. Mark ditembak di bahagian perut. Darah membuak-buak dari bekas tembakan. Laura mula panik melihat darah.

“No stay wake up Mark. Stay with me!” jerit Laura sambil menepuk pipi Mark. Mark tidak mampu bersuara menahan perit. John terus meluru ke arah mereka selepas mendengar jeritan Laura. Mata Mark sudah terpejam erat. Terkatup rapat.

“Kita pergi ke hospital sekarang!” tegas John terus memapah Mark keluar dari situ. Laura sudah hilang arah dia hanya menuruti John dan George. Dan sebelum mereka beredar dari situ, kelihatan ada sekumpulan lelaki menolong konco-konco Mark. Mereka menolong melawan anak buah Louis. Habis teruk para anak buah Louis dibelasah. Mereka kalah teruk selepas kekalahan Louis yang rebah tidak bernyawa.

Mark terus dikejarkan ke hospital berdekatan. Laura dilarang masuk ke bilik bedah walaupun dia juga seorang doktor. Namun sekarang dia adalah keluarga pesakit.

Setelah hampir dua jam mereka menunggu di luar bilik bedah, akhirnya doktor yang merawat Mark keluar. Dia menanggalkan mask muka dan tersenyum mesra kepada Laura. Dia kenal Laura.

“Macam mana dengan suami I?” soal Laura kepada doktor Ibrahim.

“Dia okay. Cuma perlu pemantauan lanjut. Peluru tu kami dah keluar kan, dia tak da lah cedera teruk sangat. Everything okay. Jangan risau.” jelas Doktor Ibrahim dan terus  meminta diri untuk pergi dari situ.

Laura menarik nafas lega. Begitu juga dengan John dan George yang setia menanti di situ bersama Laura.

“John, tadi I ada nampak sekumpulan lelaki baru datang dan tolong anak buah you. Siapa tu?” soal Laura kepada John. John mengangkat kening sebelah. Dia diam dan terus keluar dari situ. Mendapatkan telefonnya dan menghubungi anak buah mereka.

Selepas selesai membuat panggilan, John kembali ke wad yang menempatkan Mark.

“i keluar kejap dengan George. You okay kan sorang-sorang kat sini?” Laura hanya mengangguk. Bajunya yang memerah terkena darah Mark tampak lusuh dan berbau hanyir. Bau darah.

“Nanti I datang bawa baju ganti untuk you.” ujar John. Melihat Laura yang tiada respon, mereka berdua terus keluar dari bilik wad Mark.

Mark kelihatan pucat. Perlahan Laura mengelus pipi Mark dengan penuh kasih sayang. Ya dia sudah mula sayang dengan lelaki itu. Bahkan sudah jatuh cinta ketika mereka mula bertemu dulu. Namun ego yang menghalang segalanya.

Laura mengeluh perlahan.

“Bangunlah Mark. Aku tahu kau kuat. Aku ada di sini untuk kau. “

Sepi.

Laura melentokkan kepalanya ke dada Mark sebelum dia pun terlelap di situ.

~~~~~~

“Orang siapa tu?” tanya John berkerut dahi. Memikirkan siapa yang menolong mereka melawan Louis.

Kini Louis sudah ditumpaskan. Yang tinggal hanya mayat dia sahaja. Sudah hancur menjadi debu. Dibakar.

“Dia dulu anak buah kepada Louis. Mungkin kes tak puas hati, dia cuma balas dendam kat Louis kot.” teka George mengikut maklumat yang diterima. Orang-orang Duncan yang menguruskan mayat Louis. Mereka tidak dibenarkan untuk masuk campur.

John mengetuk-ngetuk meja mengunakan hujung jari tanda lelaki itu sedang berfikir.

“Jom kita pergi jenguk Mark.” kata John terus mengangkat punggung dari sofa. George hanya menurut.

~~~~~~~

Selepas terbangun dari lena, Laura melangkah menuju ke bilik wad peribadi yang menempatkan Lucas. Mark ditempatkan di hospital yang sama dengan Lucas, tempat Laura sendiri bekerja.

Wajah tua yang sedikit berkedut itu dipandang sepi. Sedikit simpati singgah di hati.

Dia melabuhkan punggung di kerusi tepi katil Lucas. Jari lelaki itu diraih dan diusap lembut.

“Uncle, bangunlah. Laura dah tak ada siapa-siapa lagi selain dari uncle. Abang Louis dah tinggalkan Laura. Laura tahu dia jahat. Jahat sampai sanggup nak bunuh ayah sendiri. Tapi dia tetap keluarga Laura.” Laura menarik nafas panjang.

“Kalau uncle sedar nanti, mesti uncle sedih kan? Tapi tak apa. Laura ada. Sekarang ni uncle bangun ya? Supaya uncle boleh tebus semua kesalahan uncle pada daddy dan mummy. Laura merayu. Jangan seksa Laura macam ni. Tolong lah sedar.” Laura mula teresak-esak. Jemari Lucas digenggam erat. Yang dia mahu hanya keadilan. Keadilan untuk orang tuanya.

Selepas mengesat air matanya, Laura bangun dan terus meninggalkan bilik itu. Tanpa Laura sedari, jari Lucas bergerak sedikit.

#bersambung ❤

BROKEN INSIDE ✔Where stories live. Discover now