PART 6 GRIEVING

8.1K 200 9
                                    

BROKEN INSIDE
PART 6

I must be insane. Totally lost my mind. I was in pain. Nafas bagai tersekat di kerongkong. Jantung terasa tidak dapat mengepam darah dengan lancar. Suhu badan makin meningkat tiada tanda hendak kebah.

Aku memejamkan mata erat. Air mata sudah kering mengalir di pipi. Mata ku terasa pedih sekali. Bengkak mungkin akibat terlalu banyak menangis. Aku baring mengiring ke kanan di katil dengan kedinginan malam.

Dua hari aku mengurung diri dalam bilik tanpa bersemuka dengan sesiapa pun. Hati yang retak seribu meragut tangkai nyawa yang terasa sentiasa mencekik diri. Kehilangan mama dan papa bukan saja memberi impak kepada ku, malah separuh diri ku telah pergi bersama dengan mama dan papa.

Aku rindu mama dan papa. Sakit sangat menahan rindu yang tidak mungkin akan terbalas lagi. Walaupun mereka hanyalah penjaga angkat, namun merekalah yang membesarkan aku dengan sempurna tanpa membezakan aku dengan anak kandung mereka. Aku dilayan sama rata, bahkan dimanjakan kerana aku adalah satu-satunya anak perempuan yang mereka miliki.

Tangisan ku kembali bergema di segenap bilik itu. Aku menangis semahunya. Pengakuan Scarlet di hari pengebumian orang tuanya menburukkan lagi keadaan. Kepercayaan Laura pada Mark hancur berderai. Hatinya tawar, kecewa dengan segala macam emosi tanpa dapat dikawal lagi.

Hanya dengan menangis dia mampu mengambarkan betapa hatinya sedang terluka. Laura rebah tanpa sempat berdiri tegak. Andai saja mama masih hidup, sudah tentu dia tidak menderita sebegini. Mama… Laura rindu, bawalah Laura bersama mama. Air mata tanpa henti seperti hujan mengalir di pipi tanpa ada niat untuk menyeka air mata itu.

FLASHBACK

Selepas mengebumikan kedua orang tua mereka, Laura serta abang-abangnya pulang ke rumah Dato James. Mark juga turut berada di sana memberi sokongan kepada keluarga itu. Nek wan dari tadi tidak berenggang walau sesaat pun odengan Laura.

Laura pula masih seperti tadi. Tidak menangis walaupun setitis air mata. Tidak sedihkah dia?

Seorang demi seorang tetamu yang hadir ke pengkebumian Dato James dan Puan Lily pulang selepas selesai semua urusan di situ. Masing-masing mengucapkan takziah kepada keluarga itu. Sekelip mata,mereka menjadi anak yatim piatu.

Sedari tadi kelibat Alexis tidak kelihatan dimana-mana selepas pulang dari kubur orang tuanya. Entah kemana lelaki itu menghilang.

Laura meminta diri untuk masuk ke bilik. Nek wan hanya mengangguk. Hati tuanya sedih melihat keadaan Laura yang tampak pucat tidak bermaya itu. Mark menawarkan diri untuk memapah Laura ditolak. Dia mahu bersendirian.

Loceng rumah berbunyi nyaring tanda ada tetamu yang datang. Ronney yang berada tidak jauh dari pintu depan segera menjenguk ke sana. Kelihatan seorang gadis berbaju warna hitam berdiri di depan pintu.

Ronney berasa tidak sedap hati. Siapa pula orang ni? Apa dia nak? Getus hati Ronney.

“Ya cik? Cari siapa?” soal Ronney dengan nada lembut. Gadis itu mencebik sedikit. Tanda meluat. Eh sombong nampaknya perempuan ni.

Dengan bahasa tubuh meluat meyampah dia menjawab pertanyaan Ronney.

“Mark ada kat dalam? Aku nak jumpa dia.” balas Scarlet kasar. Dia di situ dengan satu tujuan. Tujuan yang akan menghancurkan rumahtangga perempuan yang dia benci. Scarlet tersenyum sinis. Belum sempat Ronney membalas, Scarlet terus menampak masuk. Bahu Ronney sengaja dirempuh. Terdorong kebelakang lelaki itu dibuatnya. Melopong seketika Ronney.

BROKEN INSIDE ✔Where stories live. Discover now