PART 20 END - NEW BORN!

7.6K 177 10
                                    

BROKEN INSIDE
PART 20 END

Laura tidak menang tangan ke hulur ke hilir menguruskan majlis perkahwinan Samuel dan Jane. Seperti yang dipinta Laura, perkahwinan itu dipercepatkan dalam masa 4 bulan sahaja. 2 bulan tempoh bertunang dan 2 bulan kemudian mereka terus berkahwin. Sebelum Laura semakin sarat. Nanti tak larat pula nak menguruskan semua benda dan yang penting tak dapat nak melaram lebih. Huahahha.

Pada waktu ini perut Laura sudah membulat sedikit di usia lima bulan kandungan.

Pada waktu ini perut Laura sudah membulat sedikit di usia lima bulan kandungan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beautiful in red 😍❤

Dengan mengenakan baju mengandung berwarna merah flora, Laura kelihatan sangat berseri-seri. Seri ibu mengandung.

Majlis perkahwinan Samuel dan Jane diadakan gilang-gemilang di sebuah hotel yang cukup terkenal di persada antarabangsa. Yang dewannya boleh memuatkan lebih daripada 3000 tetamu pada satu masa. Semuanya di uruskan oleh Laura. Pada mulanya Samuel menolak untuk menerima niat baik Laura untuk menaja sepenuhnya perkahwinan mereka. Namun apabila dipujuk, akhirnya mereka bersetuju.

Bagi Laura, ini juga adalah satu cara untuk dia membalas jasa abangnya. Mungkin selepas ini dia tidak akan berpeluang untuk membalas jasa abangnya yang telah banyak menolong dia mengharungi pelbagai cabaran hidup. Penyokong terkuatnya.

"Hai sayang. Jauh termenung." Mark menyapa Laura dari belakang. Dia yang sedang duduk sambil memerhati dua pasangan sejoli duduk di depan semua tetamu di pelamin khas mereka terkejut dengan suara garau suaminya. Dia terus mengukir senyuman. Mark mengambil tempat duduk di sebelah isterinya.

"Sayang dah makan ke? Nak ambil apa-apa tak?" Soal Mark sambil mengusap tangan Laura. Sejuk. Mungkin disebabkan penghawa dingin di dewan itu.

Laura hanya mengeleng. Dia sudah banyak makan dari tadi. Hihi. Baby punya pasal. Semua makanan depan mata dia bedal. Dari makanan yang tidak di sukai dulu, kini menjadi makanan kegemarannya. Selera makan yang meningkat mendadak selepas mengandung. Maklumlah lebih dari seorang yang dibawa dalam perut. Eh? Hihihihi.

"Sekarang tinggal abang Ronney dan Abang Alex je lagi yang masih membujang. Bilalah mereka nak dapatkan jodoh. Macam mana nak dapat jodoh kalau tak dicari. Tapi tu lah, semuanya rancangan Tuhan." Ujar Laura panjang sambil melihat ke arah Ronney dan Alexis yang tidak kurang juga sibuk melayan tetamu.

Selepas acara memotong kek pengantin, jamuan makan pun bermula diiringi dengan beberapa persembahan artis terhebat tanah air.

Samuel pula mengajak Jane menari di atas pentas. Keduanya perangai gila-gila. Masuk air. Ngam sangatlah tu. Nanti habis semua orang disakatnya. Kalau bergabung pula meletup. Hahaha. Merepek pula dah.

Mark hanya mendengar saja kata-kata Laura. Faham akan Laura yang amat menyayangi abang-abangnya. Heronya.

Tiba-tiba Laura menggenggam jari Mark erat. Kuat. Berkerut seketika dahi Laura. Mark yang perasan mula bertanya. Jika isterinya itu tidak selesa. Mungkin juga akibat penat.

BROKEN INSIDE ✔Where stories live. Discover now