PART 5 LOST

8.5K 186 1
                                    

BROKEN INSIDE
PART 5

Rowan masih lagi berada di tahanan Mark. Dia terbaring lemah dengan badan yang berlumuran darah selepas dibelasah oleh konco-konco Mark.

Namun penyeksa sebenar belum menampakkan diri lagi. Mereka membiarkan Rowan lemah tanpa diberi makan dan minum selama beberapa hari untuk menyeksa dia agar dia mendedahkan dengan siapa dia bekerja.

Pintu bilik seksaan itu terbuka dari luar. Rowan yang lemah mengecilkan matanya kerana silau dengan cahaya yang menerjah masuk dari luar.

Mark tersenyum sinis. Dia menghampiri Rowan yang terbaring lemah. Mark mencangkung dan menundukkan kepalanya untuk melihat muka Rowan yang bengkak.

Mark menghulurkan tangan kanannya meminta sesuatu kepada John. Dari ekor mata Rowan, dia melihat John menyerah sebilah pisau kecil kepada Mark. Rowan mula mengesot dengan payahnya.

Mark memulakan kerjanya. Dia memicit dagu Rowan kasar dan mula menoreh pipi Rowan. John berpaling kebelakang. Terasa mual dengan kelakuan Mark. Namun sudah biasa dia melihat Mark menyeksa musuh mereka begitu. Semuanya untuk mendapatkan maklumat.

Darah membuak-buak dari kesan torehan tersebut. Rowan tidak mampu untuk meraung. Dia terlalu lemah. Mark berhenti.

Matanya tajam memandang Rowan.

“Siapa yang suruh kau kacau kawasan aku? Aku dah bagi tempoh yang panjang untuk kau berfikir. Sekarang bagitau aku.” ujar Mark sambil menumbuk wajah Rowan. Terpelanting kebelakang lelaki itu dibuatnya.

Rowan masih berdiam. Dia mengerang kesakitan. Kali ini Mark menendang perut Rowan. Terhambur darah keluar dari mulut Rowan.

“Aaa..aku..bagitau..kauuuu..” terketar-ketar suara Rowan lemah. Mark tersenyum senget. Dia berpaling ke arah John seketika sebelum kembali menyoal Rowan.

“Who?” suara Mark kedengaran menyeramkan di telinga Rowan.

“Louis.” kata Rowan tanpa ragu-ragu. Mark mengerutkan dahinya. Siapa Louis? Belum pernah dia dengar nama musuh yang bernama Louis.

“Dia bukan target kau. Tapi targetkan Laura, isteri kau.” Mark dan John sama-sama terkejut. Mark mula mencengkam dagu Rowan kuat. Terdongak lelaki itu.

“Why?” ringkas saja pertanyaan Mark. Namun cukup untuk membuatkan Rowan faham. Dia menarik nafas sebelum menyambung kata-katanya tadi.

“Aku tak tau. Dia cuma arahkan aku untuk alihkan perhatian Laura. Dia suruh aku tembak Laura untuk takutkan Laura.” sambung Rowan lemah. Mark melepaskan cengkamannya dengan kasar. Terbatuk-batuk Rowan mencari nafas.

Mark berdiri dan berpaling dari Rowan. Dia memandang John dengan muka bengis. Mukanya merah menahan marah.

“Selesaikan dia.” John hanya mengangguk menerima arahan Mark. Selepas Mark pergi dari situ, John memanggil konco-konconya yang lain untuk menyelesaikan Rowan. Dia akan dibunuh dengan kejam tanpa meninggalkan kesan. Itu sudah menjadi kebiasaan mereka selepas berurusan dengan musuh. Mereka akan diseksa dengan kejam dan dibunuh. Namun mereka bukanlah mafia yang suka membunuh sesuka hati melainkan ada yang dahulu menjolok sarang tebuan. Rowan meraung-raung selepas memdengar arahan itu. Tahulah dia bahawa dia akan mati sebentar lagi. Menyesal dia mengikut arahan Louis untuk menakutkan Laura. Dia silap dalam kerana telah mengacau kawasan mafia yang paling digeruni itu.

~~~~~~~~~~~

Mark kembali ke alam nyata apabila perasan kereta Laura memasuki perkarangan rumah. Kini hubungan dia dan Laura semakin baik. Jarang sudah dia jumpa dengan Scarlet. Rimas dengan perangai Scarlet yang makin menjadi-jadi. Sekarang dia perlu memastikan  keselamatan Laura terjamin. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Rowan tempoh hari.

BROKEN INSIDE ✔Where stories live. Discover now