PART 11 FAR AWAY

7.3K 181 0
                                    

BROKEN INSIDE

PART 11

Satu tangan menepuk bahu Laura perlahan dari belakang menyentakkan Laura dari lamunannya. Dia menoleh ke kanan. Abangnya Alexis Valkan melabuhkan punggung di kerusi panjang di taman itu bersebelahan dengan Laura. Laura melemparkan senyuman kepada Alexis. Selama ini Alexis yang banyak membantu Laura dalam diam. Abangnya itu benar-benar melindunginya walaupun pada zahirnya mereka tidak rapat. Kerana Alexis lebih bersikap dingin dengannya jika dibandingkan dengan Samuel dan Ronney. Kini dengan lelaki itu dia bergantung harap.

"Kenapa adik renung abang macam nak telan abang je?" suara garau Alexis sekali lagi mengejutkan Laura. Laura hanya tersengih mengaru pipi yang tidak gatal. Kantoi lagi termenung.

"Abang baru balik?" soal Laura sambil melentokkan kepalanya ke bahu Alexis. Lengan Alexis dirangkul erat. Alexis tersenyum membiarkan kelakuan Laura. Dulu bukan dia membenci gadis itu, tetapi kekok sebenarnya. Tangannya lantas mengusap kepala Laura.

"Ya. Abang baru balik. Laura dah makan?" soal Alexis prihatin. Laura hanya mengangguk sekali. Laura yang baru teringat sesuatu lantas mengangkat kepalanya memandang Alexis. Berkerut seketika dahi Alexis dengan kelakuan mengejut Laura.

"Uncle Lucas mana? Ok tak terapi dia hari ini?" pertanyaan Laura dibalas dengan senyuman. Itu yang buat kau kalut ye Laura.

"Uncle berehat dalam bilik dia. Semua okay. Syukur kepada Tuhan uncle dah semakin baik." Alexis menjelaskan kepada Laura. Sudah setahun sejak Lucas sedar dari koma, kini Laura yang merawat Lucas dibantu oleh Alexis untuk menjalani terapi agar dia boleh berjalan. Bertahun dia koma sehingga menyebabkan dia sukar untuk bangun dan berdiri berjalan sendiri. Seakan-akan dia lumpuh. Berkat kesabaran Laura dan Alexis kini Lucas semakin pulih. Dan Lucas telah pun berubah. Dia berjanji dengan Laura akan menebus kesalahan yang pernah dia lakukan dahulu. Namun Laura membiarkan agar Lucas sembuh sepenuhnya terlebih dahulu. Dia tidak lah kejam mana hendak Lucas bertanggungjawab dalam keadaan lumpuh begitu.

Dan hampir setahun juga lah Laura dan Mark berpisah.

"Luka adik dah okay? Tak ada rasa sengal-sengal lagi ke?" Laura terus menunduk kepala ke bawah. Merenung perutnya. Bekas luka tikaman. Diusap perlahan. Walaupun sudah sembuh, namun bekas luka itu tetap nyilu kadang kala sampai berkerut dahi Laura menahan sakit.

"Luka kat perut adik okay abang. Tapi luka dalam haaa..." Laura berhenti sebelum menghabiskan kata-katanya. Dia perlahan memejamkan mata. Kalau boleh, tak nak ingat semula kisah silam. Pahit untuk ditelan. Alexis mula menarik tubuh Laura ke dalam pelukannya. Diusap belakang gadis itu dengan penuh kasih. Terimbas kembali bagamana Laura merayu kepada dulu supaya membawa gadis itu pergi jauh. Runtuh hati seorang abang melihat air mata adiknya.

Laura mula menangis. Bahunya terhinjut dengan yang esakan mula kedengaran. Pelukan dieratkan menenangkan gadis itu. Dia tidak mahu Laura bersedih lagi.

~~~~~~~

FLASHBACK

Pagi itu Jabatan Kecemasan menerima banyak panggilan kecemasan. Terdapat sebuah kemalangan telah berlaku di bandar besar itu yang melibatkan sebuah bas dan lori tangki minyak berserta beberapa buah kereta kecil yang lain. Mangsa yang tercedera turut meningkat.

Laura dan pasukannya hampir tidak menang tangan menguruskan pesakit pada pagi itu. Namun itu lah tanggungjawab mereka. Yang sedia berkhidmat tidak mengenal waktu. Sentiasa on-call.

BROKEN INSIDE ✔Where stories live. Discover now