PART 14 COME BACK HOME

6.6K 165 14
                                    

BROKEN INSIDE
PART 14

One year later
Tangannya tidak henti-henti mengusap pusara milik seseorang yang amat disayangi. Dia sayang kerana lelaki itu telah banyak berkorban untuknya. Bahkan mengorbankan nyawa untuk dia. Air mata yang dari tadi ditahan akhirnya mengalir tanpa dipaksa. Laju meluncur seperti air terjun.

I'm sorry for everything. Saya minta maaf sebab tak dapat nak balas cinta awak. I love you, I love you so much my friend. Semoga awak tenang di sana. Lepas ni saya tak dapat nak lawat awak lagi. Saya akan pulang.Take care Duncan. Goodbye love.

Laura mengesat air matanya. Dia mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat si dia yang sudah lama pergi meninggalkan dunia sementara ini. Sejambak mawar putih di letak di pusara itu. Kemudian Laura berpaling dan terus melangkah pergi. Kini dia tekad untuk pulang semula ke tempat yang sepatutnya. Setelah sekian lama dia membawa diri.

Flashback
Tittt tiiittt tittttt …..

Laura masih setia berada di sisi Duncan. Wajah lelaki itu pucat tidak berdarah. Rasa bersalah menyelubungi diri Laura. Kerana dia lelaki itu terlantar bertarung nyawa di situ. Kerana cinta, lelaki itu sanggup berkorban. Berkorban untuk melindunginya. Kata-kata doktor sebentar tadi menghancurkan lagi harapan Laura untuk melihat Duncan sedar.

Lelaki itu sudah hilang harapan. Bila-bila masa malaikat maut akan menjemputnya.

“Have you made your decision Laura?” Doktor Emanuel sedari tadi hanya berdiri di belakang Laura. Menunggu kata putus dari gadis itu. Laura diam tidak berkutik. Hatinya bagai dihiris dengan pisau.

“He won't make it. I know he is a great man. But remember Laura, if he stay in this condition it will make him feel more painful.” kata-kata Emanuel dipandang sepi. Kemudian dia mula menangis. Terhinjut bahunya kerana esakan. Dia tak sanggup. Tak sanggup untuk menanggalkan mesin bantuan pernafasan Duncan.

He in brain death state. Once the machine is taken out, he is dead.

Dada Laura sesak. Sukar untuk bernafas. Dia menangis semahu-mahunya sambil menggenggam jemari Duncan. Emanuel hanya mampu memeluk bahu gadis itu. Dia juga turut bersedih melihat keadaan Duncan yang tidak ubah seperti bangkai bernyawa.

Beberapa orang doktor mula mengerumuni katil Duncan. Mereka siap sedia untuk menanggalkan mesin bantuan pernafasan Duncan. Seperti yang sudah dibincang, Duncan sudah tidak ada harapan untuk sembuh. Prosedur yang sepatutnya telah dilakukan. Kini menunggu masa untuk Laura mengambil masa untuk menenangkan diri.

“Duncan. As you know, nowww.. that I love you tooo.” perit. Amat perit. Apa salahnya dia mengucapkan kata-kata yang ingin didengari Duncan dari dulu sebelum lelaki itu meninggalkannya. Laura memejamkan matanya dan mendekatkan bibirnya ke dahi lelaki itu. Dia mengucup dahi Duncan dengan lembut. Air mata menitis ke dahi Duncan. Suasana bertukar sayu. Nurse di situ ada yang mengesat air mata.

Peristiwa yang meragut nyawa Duncan itu kembali bermain di minda Laura tanpa dipaksa.

Laura pantas menoleh apabila mendengar sekumpulan tentera semakin menghampiri khemah itu. Lantas dia menggendong bayi perempuan itu keluar dari situ. Namun Laura terlambat. Salah seorang tentera itu mula menghampiri Laura. Dia melihat bayi yang berada di gendongan Laura.

“Give me the baby!” arah tentera itu kuat. Laura tidak berganjak. Bayi itu didekatkan dengannya untuk menenangkan bayi yang mula merengek itu.

Tentera kejam itu tahu mereka tidak boleh menyentuh doktor yang datang berkhidmat di situ kerana kebanyakan doktor di situ adalah doktor luar negara. Jika orang tempatan, senang saja mereka dibunuh. Laura berundur setapak ke belakang. Bayi itu mula merengek.

BROKEN INSIDE ✔Where stories live. Discover now