PART 13 VOLUNTEER 2

6.2K 157 0
                                    

BROKEN INSIDE
PART 13

Laura melepaskan topeng mulut yang dikenakannya ke tong sampah yang disediakan. Bayi yang diselamatkannya tadi telah dirawat. Tidak cedera teruk cuma ada luka-luka kecil.

“How’s the baby Laura?” soal Emanuel yang baru saja selesai pembedahan dan mengambil cawan kecil di situ. Dituang air panas dan dicampur dengan air sejuk. Kopi nescafe siap dan diminum sedikit sambil memandang Laura.

Laura memicit lehernya. Lenguh. Emanuel juga merupakan doktor sukarelawan ataupun volunteer dari negara barat. Dia bersama pasukannya telah lama berkhidmat di situ. Lebih lama daripada Laura dan pasukannya.

Kata Emanuel, walaupun menjadi sukarelawan di situ amat mencabar, ianya tetap memberikan pengalaman yang berharga dan membuatkan kita lebih menghargai diri sendiri dan juga orang tersayang. Melihat keadaan rakyat negara itu yang daif dan peperangan berlaku di mana-mana membuatkan kita lebih bersyukur kerana negara sendiri masih aman dan damai tanpa perbalahan. Sedangkan negara itu setiap hari berdepan dengan maut.

“She is fine. But the motherrr…” Laura berhenti. Sebelum mengeluh berat. Dia memejamkan mata. Terasa ada tangan yang mengusap bahu Laura. Dia kembali mencelikkan mata.

Emanuel mengukir senyuman untuk menenangkan Laura. Dia tahu apa yang gadis itu fikirkan. Bukan mudah untuk melupakan apa yang terjadi depan mata. Silap-silap kalau tidak kuat, pasti akan trauma.

“You did a great job Laura. You save the baby. Just like what the baby mother want to.” Laura tersenyum mendengar kata pujuk Emanuel.

“Waitttt… did the other rescue team just arrived? I mean is there any other new rescue team come over here?” berkerut dahi Laura bertanya kepada Emanuel. Ada sesuatu yang menganggunya. Bagaimana Duncan boleh ada di negara itu? Teringat bahawa Duncan yang menyelamatkan dia sebentar tadi dari menjadi mangsa letupan bom.

Emanuel yang masih menghirup air kopinya mengangguk. Memang ada kumpulan sukarelawan yang baru saja sampai di situ yang membawa bekalan makanan dan beberapa keperluan asas yang lain di samping turut membawa bekalan perubatan.

“Yes. If I was not mistaken, they just arrived a few days ago.” kemudian Duncan masuk ke dalam khemah rehat itu. Seperti sudah lama kenal, Emanuel memeluk bahu Duncan dan memperkenalkan Duncan kepada Laura.

“There you are.” Emanuel bertepuk tangan dengan Duncan. Mereka sama-sama mengukir senyuman.

“Meet this, Laura in the medical team from asia. And meet this Laura, Duncan. They just arrived a few days ago like what I just said to you just now.” Laura tidak bergerak. Hanya memandang Duncan dengan pandangan yang dingin. Dia perlukan penjelasan dari lelaki itu. Bagaimana dan kenapa dia ada di situ. Negara ini sedang berlaku peperangan dan bukan satu tempat pelancongan.

Melihat Laura yang diam tidak berkutik, Emanuel mengangkat bahu memandang Duncan. Dia perasan yang gadis itu mula tidak selesa dengan kehadiran Duncan. Seperti orang sedang marah.

“Errr we already know each other Emanuel.” Duncan mengaru dahi memandang Emanuel serba salah. Mulut Emanuel kemudian membentuk ‘O' tanda dia faham.

“Explain why are you here Duncan.” Laura bersilang tangan. Kening diangkat sebelah menanti penjelasan. Duncan mengeluh perlahan sebelum menoleh ke arah Emanuel. Give us a moment sign ditunjuk kepada Emanuel. Lelaki barat itu mengangkat kedua tangannya sebelum beredar dari situ.

“Aku pun sukarelawan macam kau.” jawab Duncan pendek tanpa ragu-ragu. Jelingan tajam Laura cuba diendahkan.

“Bukan sebab kau ikut aku?” Laura serkap jarang. Duncan menelan liur. Pahit. Tak kan manis kot. Memang itu tujuan dia ke situ. Mengikut jejak Laura. Macam mana dia boleh ada di situ? Longgg story.

“Itu tak penting. Aku pun nak juga jadi sukarelawan macam kau.” Laura hanya menjongket kening mendengar alasan Duncan yang merepek.

“bila-bila masa saja kau boleh mati kat negara orang ni. Kau tak takut ke?” Laura masih lagi dingin dengan Duncan. Duncan mengeluh. Terserah. Gadis itu mahu percaya ataupun tak.

Tiba-tiba keadaan di luar menjadi kecoh. Duncan dan Laura tersentak. Duncan terus menarik Laura dekat dengannya apabila bunyi letupan semakin kuat kedengaran. Terasa tempat itu bergegar.

Khemah sementara yang tidak seberapa itu bergoncang kuat seperti ditiup angin kencang. Emanuel yang menunggu di luar kembali berlari masuk ke dalam khemah itu.

“We need to get out from here now! They going to destroy this place!” teriak Emanuel cuba menyaingi bunyi bising itu. Tanpa berlengah Duncan terus menarik Laura keluar dari situ.

Laura melopong melihat separuh dari tempat itu sudah hancur. Debu beterbangan menyesakkan lagi keadaan. Semua orang sedang berlari menyelamatkan diri. Keadaan yang sungguh memilukan. Bilakah peperangan ini akan berhenti?

“Laura! Take everyone you could out from here!” Laura hanya mengangguk memandang Emanuel. Sampai hati mereka hendak memusnahkan tempat ini. Tempat untuk mangsa mendapatkan rawatan.

Kemudian Laura terhenti. Sebelum mengingat sesuatu.

The baby!

Laura terus berlari ke arah khemah yang menempatkan bayi yang telah dia selamatkan tadi. Dia terus meluru masuk dari depan khemah. Namun Laura tidak sedar yang sekumpulan tentera kejam itu juga sedang menghampiri khemah itu dari belakang.

~~~~~~~

Mark terbangun dari tidurnya. Dada berombak kencang. Mark meraup rambutnya kasar. Berpeluh badannya walaupun aircond terpasang elok. Dia bermimpi buruk. Tentang Laura.

Mark mengeluh berat sebelum turun dari katil dan melangkah menuju ke bilik mandi. Dia mencuci muka dengan air dingin itu. Mark mendongak sedikit merenung bayangannya di cermin.

Mimpi tentang Laura bermain kembali di ingatannya.

Laura sedang berlari mendukung seorang bayi dengan keadaan yang berlumuran darah. Belum sempat Mark ingin menggapai Laura, bayangan Laura terhenti. Dan terus menjauhkan diri darinya sehingga dia terbangun dari mimpi.

Hatinya tidak tenteram. Keluar sahaja dia dari bilik mandi, Mark terus mengambil telefon dan mendail nombor seseorang.

📞 hello bro .. -Mark

📞 ermmm kau nak apa tengah malam buta macam ni? -John

📞 aku nak kau tempah tiket ke negara XXX secepat yang mungkin. -Mark

John yang masih mamai membuntangkan matanya seluas mungkin. Terkejut mendengar permintaan Mark.

📞 ehhh kau gila ke apa babi? Negara tu bukan tempat yang kau boleh keluar masuk sesuka hati. Jangan nak buat lawak la. -John

📞 akuuu .. akuu risaukan Laura .. -Mark

John merengus di talian.

📞 ok .. aku tahu kau risaukan Laura. Tapi kau tak boleh pergi ke sana. Aku akan dapatkan info tentang Laura kat sana. Kau jangan risau lah. She will be fine. -John

📞 tolong aku John…. -Mark

📞 ya ya. Itu lah kau, bila Laura dah jauh dari kau, baru kau nak risau kan dia lah. Rindukan dia lah. Dulu kau langsung tak menghargai dia. Dah lah. Aku nak tidur. Mengacau aja. Nasib aku tak ada bini lagi. -John

Talian terus diputuskan oleh John. Berkerut dahi Mark memandang telefonnya. Datang bulan ke apa John ni marah-marah? Emosi semacam. Mark mengeluh.

Harap kau tak apa-apa di sana Laura. I miss you badly. I love you so muchh.

Mark duduk termenung di katil. Sampailah dia tidak sedar hari sudah semakin terang di luar sana. Sungguh menyakitkan merindui seseorang yang jauh di mata. Semoga Laura sentiasa dilindungi ketika berada di sana. Tiada apa yang di pinta melainkan gadis itu sentiasa selamat dan akan kembali ke pangkuannya suatu hari nanti.

#bersambung ❤

Ps: jemput baca my second story More Than Friend ❤ thank you ❤ Lots of love 💕

BROKEN INSIDE ✔Where stories live. Discover now