31 - H O S P I T A L 🏥

5.8K 200 27
                                    

P R E S E N T ;

~ H a t i U n t u k C i k g u ~

♡♡♡

LANGKAH diatur keluar dari lift, meliar matanya mencari wad Thaqief. Tidak tahu apa yang telah terjadi, sungguh hatinya berharap lelaki itu baik-baik saja. Laju dia melangkah, Hana juga tertinggal di belakang. Matanya tertancap pada Maya dan Amir di situ, terus dia mendekati.

"Cikgu!"

"Ya Allah Fina" tubuh bekas pelajarnya itu didakap erat, lama mereka tidak berjumpa.

"Fina sihat?"

"Alhamdulillah sihat cikgu... Cikgu Qief macam mana? Dia tak apa-apa kan, Cikgu Am?" wajah Maya dan Amir dipandang silih berganti, sungguh hatinya gusar saat itu.

"Dia dah sedar, alhamdulillah dia tak apa-apa cuma ye lah- kesan hentakkan dekat kepala tu agak teruk, tapi mujur dia boleh sedar" jawab Amir, Syafina menghembus nafas lega. Baguslah jika gurunya itu baik-baik saja, risau dia dibuatnya.

"Sayang, awak balik dulu lah. Ni Ayra ni, tertidur dah ni" arah Amir, Maya mengangguk. Tubuh Ayra dikendong, kesian anaknya itu.

"Fina, Hana, saya balik dulu tau" pamit Maya, Hana mengangguk. Syafina pula tiba-tiba terfikir, kenapa Maya yang sibuk-sibuk menjaga Ayra? Pelik.

"Cikgu Am, mana wife Cikgu Qief?" terjongket kening Syafina melontarkan soalan, Amir berkerut dahi memandang Hana yang mencebik. Tahu lah dia bahawa gadis ini salah faham.

"Fina, Ayra tu anak saya. Ibu Ayra tu Cikgu Maya awak, Cikgu Qief awak belum berkahwin even girlfriend pun tak ada" ujar Amir, terkejut Syafina mendengarnya.

"Habis tu kenapa Ayra rapat dengan dia, panggil daddy pulak tu" Syafina masih sangsi, Amir mencebik.

"Well, diorang memang rapat sejak Ayra kecik lagi. No wonder if Qief suruh dia panggil daddy, lagipun dia anggap Ayra macam anak dia" jawab Amir, tergamam Syafina di situ.

"Saya nak pergi tengok dia!" Syafina menolak pintu wad, Thaqief yang terkejut memandangnya itu didekati.

"Cikgu! Saya dah tahu dah siapa Ayra, saya mintak maaf sebab saya salah faham. Saya ingat Ayra tu anak cikgu, that's why saya ignore cikgu sebab- saya fikir cikgu dah kahwin" Syafina menunduk, namun pelik pula dia melihat Thaqief yang berkerut dahi memandangnya.

"Apa kau merepek ni?" berkerut dahi Thaqief melontarkan soalan, terkejut Syafina mendengarnya. Kau? Tak kan lah dia benci sangat sampai kau-aku kot.

"C-cikgu-... Cikgu, saya-"

"Jangan dekat dengan aku!" Thaqief memberi amaran, terhenti langkah Syafina. Airmatanya mula bertakung, apa yang jadi sebenarnya ni.

"Kau siapa ha?" soal Thaqief, buat sekian kalinya Syafina tergamam. Mengapa lelaki itu tidak mengenalinya? Pintu wad dibuka, Syafina menoleh.

"Qief?" Puan Fizah mendekati anak lelakinya, mendengar saja berita Thaqief kemalangan laju saja dia menempah tiket ke Johor.

"Ibu" tangan Puan Fizah disalam, dahinya dikucup oleh ibunya.

"Qief, Qief tak apa-apa? Kenapa tak hati-hati!" airmata Puan Fizah mula bertakung, sebak dia melihat kepala anak lelakinya yang sudah berbalut itu.

Hati Untuk Cikgu Where stories live. Discover now