42 - D I S C U S S I O N 😍

4.3K 159 42
                                    

P R E S E N T ;

~ H a t i U n t u k C i k g u ~

♡♡♡

KANDUNGAN Syafina yang sudah menjangkau sembilan bulan itu semakin menambahkan kegusaran dalam hati Thaqief, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kakinya juga sudah sembuh sepenuhnya setelah beberapa bulan berlalu, isterinya benar-benar tabah menjaganya sehingga sembuh. Syafina berjalan ke hulu ke hilir mengelilingi halaman rumah Encik Khairil itu, gusar hatinya.

"Sayang, duduklah sini... Fina jalan ke sana ke sini, abang risau tahu tak. Perut tu, macam nak meletup dah abang tengok" tangan isterinya itu ditarik lembut, Syafina melabuhkan punggung di kerusi batu sebelahnya.

"Anak daddy okey ke tu?" perut Syafina diusap, isterinya itu tersenyum tipis.

"Anak daddy ok, mommy yang tak ok" Syafina mencebik, Thaqief menjongket kening.

"Sayang abang kenapa ni, hm?" rambut Syafina yang panjang mengurai dibelai lembut, wanita itu hanya diam.

"Nervous ea?" Thaqief cuba meneka, perlahan-lahan Syafina mengangguk.

"Jangan risau ok? Abang ada dengan Fina dekat mana pun even waktu lahirkan baby kita, I'll be with you all the time" ujar Thaqief, dia pula yang bimbang dengan isterinya itu.

"Mama baba mana?"

"Ada dekat ruang tamu atas dengan yang lain" balas Syafina, malas pula dia mahu turun. Mereka bermalam di rumah Encik Khairil buat beberapa hari sehingga dia bersalin, bimbang juga Thaqief ingin meninggalkannya di rumah.

"Urm abang, abang rasa nama apa yang sesuai untuk baby boy kita erk?" soal Syafina, perutnya diusap.

"Yaa about nama tu, abang pun lupa nak tanya. Kalau bab-bab nama ni, abang tak kisah. Fina rasa?"

"Dulu kan, Fina selalu berangan nak letak first name anak dengan nama Khaleef tau. Can I?" Syafina cuba menyoal, mana lah tahu suaminya tak setuju.

"Khaleef? Nice name, Khaleef Thaqief. How sweet!" balas Thaqief, muncul senyuman di wajah isterinya.

"Ok ok, urm Khaleef tu lock. Nama belakang?"

"What about-... Khaleef Idris?"

"MasyaAllah, sedapnya nama! Boleh, Fina lock tu!" teruja Syafina mendengarnya, Thaqief tersenyum.

"Khaleef Idris bin Muhammaf Thaqief, arh panjang-panjang nak ke mana sayang" perut Syafina diusap lembut, tergelak isterinya itu.

"Eh tapi kan abang, mama cakap kadang scan tu tak betul tau" ujar Syafina, Thaqief menjongket kening.

"Oh ye? Why?"

"Dulu kan, mama baba dapat tahu Fina ni baby boy tau waktu dalam perut. Tiba-tiba keluar, lah perempuan!"

"Uish, gitu pulak?"

"Ha!"

"Hahahah, ok ok. Kita stand by satu nama baby girl nak? Mana lah tahu, tiba-tiba terpesong kumbang jadi bunga" balas Thaqief, Syafina tergelak.

"Hadeh! Ok, kalau girl-... what's name?"

"Urm, nak tak kita letak nama anak kita Puteri Syaliza Natasha Ellika Sabrina Ijazah Sarjana-"

"Lah tiber!" pintas Syafina, melalut jauh sangat dah tu.

"Haahahahahaha! Ok ok, what if-... Mawar?"

"Mawar?" soal Syafina semula, Thaqief mengangguk.

"Mawar tu bukan haiwan yang terbang-terbang tu ke?" soal Syafina lagi, Thaqief berkerut dahi.

Hati Untuk Cikgu Where stories live. Discover now