39 - W O R S T 🍂

3.6K 150 6
                                    

P R E S E N T ;

~ H a t i  U n t u k  C i k g u ~

♡♡♡

AIRMATANYA laju mengalir, sakit seluruh badannya tatkala diheret sebegitu keras. Tangannya juga sudah lebam, sedaya upaya dia melawan namun kekuatan lelaki itu tidak dapat ditandingi. Tanpa belas kasihan Fahmi mengheretnya masuk ke dalam tempat pelacuran itu, sudah dia tahu nasibnya nanti.

"Fahmi lepaskan aku lah sial! Tolonglah lepaskan aku, tak cukup ke kau jadikan aku pemuas nafsu kau?! Lepaskan aku, aku akan bayar duit kau tapi tolong jangan buat aku macam ni" rayu Nadia, tangan Fahmi ditarik-tarik.

"Ha? Eh kau ingat aku senang-senang ke nak lepaskan kau? Aku hampir mati kena pukul dengan Ah Long tu tau, semua sebab kau main-mainkan aku. Kau nak sangat main? Ha hadap lah! Ikut aku" tangan Nadia diheret ke arah lelaki berbangsa Cina yang sedang santai bersama beberapa orang gadis seksi di sekelilingnya.

"Fahmi lepaskan aku bodoh!!! Aku tak nak" rayuan Nadia diabaikan, lelaki itu masih mengheretnya.

"Wah hari ni wa tak payah cari lu lu dah datang cari wa ar? Sudah ada wang ka?" soal Ah Long itu, Fahmi mengangguk.

"Tauke, ni wa bawak barang baik untuk lu. Wa tak ada duit mau bayar, wa tolak ini chikaro boleh ka?" soal Fahmi, itu saja lah jalan terakhir untuk dia melepaskan diri.

"Ini ar? Uwah, manyak untung" lelaki Cina itu mendekati Nadia, wajah gadis itu diusap namun ditepis.

"Manyak garang ar?" soal Ah Long pada Fahmi, lelaki itu mengangguk.

"Dia tak biasa punya lah"

"Oh bagus bagus, wa manyak suka garang-garang macam ini ar" Ah Long tertawa, terukir senyuman di wajah Fahmi.

"Ok tauke, lu angkat ini minah hutang wa langsai ar?" soal Fahmi meminta kepastian, laju Nadia menggeleng.

"Boleh boleh, manyak boleh. Hutang lu kira habis lah, ini perempuan manyak lawa. Bisness wa boleh untung wo!"

"Fahmi, kau bodoh ke ha?! Aku nak balik sial!" marah Nadia, Fahmi tergelak sinis.

"Mulai hari ni, ini hidup kau. Kau yang cari pasal, kau yang mula semua ni. Padan muka kau, dah bla!" Nadia ditolak ke arah pekerja-pekerja Ah Long itu, semuanya tergelak besar menerima kehadiran gadis itu.

"Tauke, wa ciao ar! Bye Nadia" Fahmi melangkah pergi.

"Fahmi!!! Fahmi!!!! Sial!!!" jerit Nadia sebelum dia dibawa ke satu bilik yang dipenuhi lelaki pelbagai bangsa itu, teruk nasibnya.

🐢🐢🐢

BEG PAKAIANNYA dijinjing keluar dari lift itu, wad suaminya dituju. Seperti biasa, setiap minggu dia akan pulang ke rumah untuk mengambil pakaiannya. Jika tidak, Hana atau Puan Lina yang membantunya. Tugasnya sebagai guru tadika juga tergendala, Syafina mengambil cuti buat beberapa bulan.

"Puan Syafina?" tegur Doktor Fauzan tiba-tiba, terhenti langkah Syafina yang ingin masuk ke dalam wad suaminya itu.

"Ye doktor, kenapa?"

Hati Untuk Cikgu Where stories live. Discover now