37 - T A K D I R ☔

3.8K 171 18
                                    

P R E S E N T ;

~ H a t i U n t u k C i k g u ~

♡♡♡

DOKTOR yang melangkah keluar dari wad Syafina itu menarik perhatian Encik Khairil sekeluarga, laju mereka melangkah ke arah doktor itu. Bimbang, sangat bimbang dengan keadaan anak menantu mereka saat itu. Sudah lah Thaqief kemalangan, Syafina pula boleh pengsan.

"Doktor macam mana anak saya doktor?" soal Puan Lina, wajah Doktor Farah dipandang memohon jawapan.

"Alhamdulillah puan, Puan Syafina tak apa-apa" jawapan Doktor Farah benar-benar melegakan hati Encik Khairil, isterinya dan Hana, mereka menghembus nafas lega.

"Semua jangan risau, kandungan Puan Fina pun alhamdulillah selamat" sambung Doktor Farah, wajah mereka serta-merta berubah. Mereka menganga, sungguh berita itu mengejutkan.

Syafina mengandung?

"A-anak saya mengandung doktor?" soal Puan Lina meminta kepastian, Doktor Farah mengangguk.

"Haah puan, anak puan mengandung. Nak masuk 9 minggu dah..."

"Alhamdulillah ya Allah abang, Niaa mengandung! Niaa mengandung cucu kita, alhamdulillah" Puan Lina masuk ke dalam dakapan suaminya, Hana pula sudah teruja.

"Alhamdulillahh, terima kasih doktor. Boleh kami masuk tengok dia sekarang?"

"Boleh, tapi jangan terlalu ramai ye" pesan Doktor Farah, mereka mengangguk faham.

🐢🐢🐢

LAJU TANGANNYA mendail nombor telefon lelaki yang sedang berlegar di fikirannya saat itu, terkejut dia menerima berita mengenai Thaqief. Sungguh dia tidak sangka, rancangannya untuk menghapuskan Syafina gagal sekelip mata. Dia mendengus kasar, nafasnya sungguh tak teratur saat itu.

Panggilan disambungkan.

"Eh Fahim! Kau ni bodoh ke ha? Aku suruh kau buat lain, lain yang kau buat!" jerkahnya, sungguh dia geram saat itu.

"Nadia kau cakap pakai otak boleh tak? Aku putuskan break kereta yang betul, tapi laki dia yang bawak kereta dia! Mana lah aku tahu, bukan salah aku. Sekarang mana duit aku?!!" balas Fahim, dia pula dipersalahkan.

"Tak kira lah! Aku suruh kau hapuskan perempuan tu, tapi laki dia yang kena kenapa! Aku tak kan bagi duit kau"

"Eh Nadia kau ingat kelakar ke bodoh?! Aku kena kejar along lah sial, bagi duit aku!"

"Kau punya pasal lah! Itu masalah kau, bukan masalah aku. Aku tak kan bayar duit kau, stop kacau aku!" Nadia menamatkan panggilan, telefon pintarnya dicampak.

"URGHHHH!!! PEREMPUAN SIAL!" jeritnya sendirian, rambutnya diramas kasar. Rancangannya untuk membunuh Syafina musnah, semuanya kerana Thaqief yang memandu kereta isterinya itu.

🐢🐢🐢

PINTU WAD ditolak, laju dia melangkah ke arah suaminya yang tidak sedarkan diri di atas katil itu. Airmatanya mengalir deras tanpa penghujung, terkejut melihat keadaan Thaqief sebegitu. Walau dalam keadaannya tidak berapa sihat, namun dia masih cuba gagahkan diri melawat suaminya itu.

Hati Untuk Cikgu Where stories live. Discover now