26 - R E G R E T 💔

6.2K 207 31
                                    

P R E S E N T ;

~ H a t i   U n t u k  C i k g u ~

♡♡♡

KERETA dipandu sehabis laju, sungguh dia berharap gadis itu masih belum pergi meninggalkannya. Amir di sebelahnya sudah mengucap berkali-kali, bimbang dengan pemanduannya yang selaju-lajunya. Sungguh dia tidak menyangka segala kata-kata rakannya itu benar, Syafina difitnah.

"Qief sabar woi! Kau ni dah banyak amalan ke sampai dah ready nak mati ni ha? Aku tak kahwin lagi tau, kalau mati pun aku tak nak mati macam ni!!! Bawak kereta elok-elok lah gila!!!!" Amir sudah huru-hara, tak henti-henti dia menyebut nama Allah sepanjang perjalanan.

"Bendul woi bendul!!!!"

Bukk!

"WOII!!!! BODOH KE?!!!!" jerit Amir sebaik saja Thaqief melanggar bendul jalan itu tanpa memperlahankan kereta, Thaqief mendengus.

"Diam lah!" kereta dihentikan tepat di hadapan rumah Syafina, Amir menghembus nafas lega. Alhamdulillah selamat sampai, mujur masih hidup. Thaqief pula terus keluar dari kereta, pagar yang bertutup itu membuatnya gusar.

"Assalamualaikum!!! Assalamualaikum!!!" jeritnya, Amir mendekati.

"Bodoh pun agak-agaklah, ada bell kan! Tekan lah bangang, adu!" tegur Amir, tanpa menjawab Thaqief terus menekan loceng berkali-kali.

"Assalamualaikum!!!" jeritnya lagi, dengan tiba-tiba sahaja pagar rumah terbuka. Thaqief menghembus nafas lega, nasib baik ada orang. Namun berkerut pula dahinya melihat Miaa yang keluar, dia melangkah masuk.

"Walaikumsalam, cikgu nak apa datang sini?" soal Miaa, dia berpeluk tubuh. Benci pula dia melihat guru adiknya ini setelah dia mengetahui semuanya, puas dia memujuk akhirnya Syafina cerita juga perkara sebenar.

"Miaa, Syafina ada?"

"Ada apa cikgu cari dia? Nak sakitkan hati dia lagi?" soal Miaa, Thaqief terdiam. Tahu lah dia bahawa gadis itu mengetahui semua cerita, Amir hanya diam di belakang.

"B-bukan tu maksud saya, tapi-"

"Macam ni lah cikgu, saya rasa cikgu tak perlu kot cari dia lagi. Saya sebagai kakak dia berhak halang dia untuk contact dengan sesiapa pun, jadi kali ni saya mintak sangat cikgu tolong jangan kacau adik saya. Saya tahu semuanya cikgu, Syafina luah pada saya sepuas-puasnya tanpa tinggal sikit pun.

Tergamak cikgu buat dia macam tu kan? Memang betul dia tu muda lagi, masa depan dia masih jauh. Tak patut dia hancurkan masa remaja dia dengan cinta, tapi tak salah pun kalau cikgu tolak dia dengan cara yang baik tanpa menyakitkan hati mana-mana pihak. Kalau setakat cikgu reject dia tu, saya rasa dia boleh terima.

Tapi cikgu hina dia, cikgu tuduh dia bukan-bukan tanpa selidik. Cikgu rasa cikgu dah cukup matang ke dalam buat keputusan? Tua pada usia, tapi tak pada pemikiran. Sorry to say, tapi cikgu memang tak matang" sedas Miaa bagi, geram dia dengan Thaqief. Adiknya terpaksa berjauh dengan keluarga, hanya kerana perbuatan mamat tak guna ni.

"Miaa, saya tahu saya silap. Saya mintak maaf, ok? Saya betul-betul mintak maaf, tolonglah saya merayu sangat... Tolonglah beritahu saya dekat mana dia sekarang, saya nak jumpa dia. Saya nak mintak maaf dekat dia, saya menyesal tuduh dia bukan-bukan" bersungguh-sungguh Thaqief memohon, sungguh dia kesal dengan perbuatannya.

Hati Untuk Cikgu Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora