33 - M A R R I E D 💍

7K 198 50
                                    

P R E S E N T ;

~ H a t i  U n t u k  C i k g u ~

♡♡♡

"AKU TERIMA NIKAHNYA Niaa Syafina binti Khairil dengan mas kahwin tersebut tunai" dengan senafas Thaqief melafaz akad, jantungnya bagai mahu tercabut dari tangkai.

"Sah?"

"Sah"

"Sah"

"Alhamdulillah"

Semua ahli kelurganya memanjatkan rasa syukur, akhirnya Thaqief dan Syafina selamat diijabkabulkan pagi itu. Selesai pembacaan doa, Thaqief melangkah ke pelamin untuk menyarungkan cincin ke jari sang isteri. Berdebar jantungnya saat itu, apatah lagi Syafina- bagai mahu lari.

"D-dah boleh sarung ke?" tergagap-gagap Thaqief menyoal, gigil juga hendak memegang tangan gadis itu.

"Eh sarung lah, ya Allah malu-malu pulak dia" tegur Puan Fizah, semua tergelak.

"Oh d-dah boleh ea? Bismillah- eh urm"  teragak-agak Thaqief menyarung cincin, Syafina pula menarik semula tangannya.

"Ya Allah malu!" Syafina cuba mengatur nafas, jelas kelihatan tangannya bergetar.

"Astaghfirullah, eh kamu berdua dah halal lah. Tak dosa pun sentuh, Qief sarung cincin tu!" tegur Puan Lina pula, pening masing-masing dengan perangai pengantin itu.

"Ok ok, bismillah. One two- aaaa!!!" Syafina menarik tangannya lagi, Thaqief tergelak. Bukan Syafina saja, dia juga berdebar.

"Eh Qief! Kau ni malu-malu pulak, bini kau tu woi!" tegur Amir, semua tergelak.

"Ok ok fine, sabar. Bismillah..." terketar-ketar tangannya menyarungkan cincin ke jari manis isterinya itu, laju saja Syafina menarik tangannya semula setelah cincin disarung.

"Haaa boleh pun, ya Allah nak sarung cincin pun berjam!" ujar Zara, semua tergelak.

"Entah! Malu-malu pulerk" Hana menambah, semakin riuh lah rumah banglo Encik Khairil dengan gelak tawa.

"Ok, Niaa salam tangan Qief tu!" arah Puan Lina, Syafina menelan air liur.

"Aaaa mama!!!" adu Syafina, takut pula dia.

"Eee gedik nau lah!" ujar Miaa, dia dah lah single lepas tu boleh pulak adiknya itu bersweet.

"Nak duduk berapa lama atas pelamin tu woi!" celah Mikael pula, semua masih tergelak.

"Ye ye sabar" balas Syafina, nafas dihela.

"Ok, ready?" soal Thaqief kepada Syafina, wajah isterinya itu kelihatan gusar. Syafina mengangguk dengan tawa kecil, kelakar.

"Boleh, bismillah- tangan" Syafina menghulurkan tangan, Thaqief juga turut menghulurkan tangan.

"Aih ya Allah" masing-masing menarik tangan masing-masing sebelum semua tergelak, takut sangat.

"Haih macam mana ni? Suruh salam pun payah" tegur Encik Khairul, pasangan pengantin itu tergelak.

"Ok ok sabar, bismillah" mereka bersalaman, tangan Thaqief yang sejuk itu dikucup.

"Ok dah" laju Syafina melepaskan tangan suaminya itu.

"Bapak laju!" Miaa menegur, tercengang dia.

"Eh belum lah ya Allah! Qief, cium dahi Fina tu! Fiq nak ambil gambar" Puan Fizah menepuk dahi, terlebih malu pun payah jugak.

"Bang adu, dulu waktu Kak Thia pun malu-malu macam ni tau! Korang adik beradik memang malu-malu macam ni ea?" Taufiq sebagai jurukamera itu mencelah, Thaqief tergelak mendengar kata-kata adiknya itu. Dia juga tidak tahu, tiba-tiba saja rasa berdosa untuk bersentuhan seolah-olah Syafina bukan mahramnya.

Hati Untuk Cikgu Where stories live. Discover now