12 - P R O P O S E 💍

4.5K 173 26
                                    

P R E S E N T ;

~ H a t i U n t u k C i k g u ~

♡♡♡

SYAFINA merendam kaki ke dalam air sungai itu, pening kepalanya melihat karenah dua orang gurunya tadi. Perangai macam budak-budak, pantang berjumpa. Suka sama suka, tapi masing-masing ego. Wajah Maya dipandang, jauh gadis itu termenung. Mungkin memikirkan apa yang bakal berlaku selepas ini, semestinya gurunya itu sedang runsing.

"Maya sayang dia ke tak sebenarnya?" soal Fateha, Maya mencebik.

"Well, kalau kita sayang orang tapi orang tak sayang kita pun buat apa je kan..."

"Siapa cakap aku tak sayang kau?" celah Amir, ketiga-tiga gadis itu menoleh. Berkerut dahi masing-masing, apatah lagi Maya.

Syafina memandang ke arah Thaqief dan Faris yang sedang melambai ke arah mereka, laju saja tangannya menarik Fateha meninggalkan Maya dan Amir di situ.

"Eh, k-korang!" jerit Maya, namun mereka hanya mengabaikan.

"Sebenarnya Cikgu Amir nak melamar Cikgu Maya" bisik Thaqief, Syafina mengangguk faham.

"Aku sayang kau Maya, sumpah aku saya g sangat. Hidup aku tak aman kalau tak nampak kau depan mata, aku jadi hilang arah kalau kau tak ada. Aku perlukan kau dalam hidup aku, aku takut kalau aku hilang kau" Amir menuturkan luahan hatinya penuh romantis, terdiam Maya di hadapannya.

"A-Am, kau tak menyesal ke sayangkan aku. Ye lah... aku ni kuat membebel, selalu marah-marah kau. Tadi pun kau baru je kena baling baldi dengan aku, aku mintak sangat kau fikir masak-masak" balas Maya, bimbang jika lelaki itu buat keputusan yang salah dalam memilihnya.

"Aku tak pernah menyesal kenal kau Maya, aku bersyukur kenal kau. Jujur dengan aku, kau sayang aku kan?" soal Amir, Maya tersenyum tipis. Airmata yang mula tumpah diseka, sebak hatinya saat itu.

"Sebenarnya, aku dah lama cintakan kau cuma kau je yang tak tahu" perlahan suara Maya menjawab, Amir tersenyum senang. Alhamdulillah, nasib baik tak kena reject.

"Maya..." Amir melutut, sebentuk cincin dihulur. Semua di situ sudah menganga, terlalu terkejut dengan tindakan Amir. Maya menekup mulutnya dengan tangan, semakin laju lah airmatanya mengalir.

"Aku ikhlas nak jadikan kau... isteri aku yang sah. Ibu kepada anak-anak aku, pasangan aku hingga akhir hayat aku" Amir meluahkan hasratnya, Maya mengangguk laju.

"A-aku setuju" ujar Maya, tak fikir panjang dah.

"YESS!!! Alhamdulillah!!! Alhamdulillah ya Allah!!!!! Korangg!!! Maya Issabella terima lamaran aku woii!!!!!" jerit Amir, sempat cincin disarung ke jari manis Maya. Semua mendekatinya.

"Congrats bro!" ujar Thaqief dan Faris, tubuh rakannya itu dipeluk.

"Tahniah idol" ujar Asyraf dan Daniel, mereka berlaga tangan.

"Thanks guys!!!"

"Tahniah cikgu!"

"Terima kasih semua!" balas Maya, wajah bakal suaminya itu dipandang.

"Am, sorry sebab baling baldi tadi"

"Argh! Takat baling baldi tak ada lah. Lagipun, kau baling bukan kena pun" jawapan Amir berbaur sindirian, mereka yang lain menggeleng. See? Dia cari pasal lagi.

Hati Untuk Cikgu Where stories live. Discover now