28 - A M A R A N ⚠️

6.1K 193 23
                                    

P R E S E N T ;

~ H a t i U n t u k C i k g u ~

♡♡♡

PINGGAN ditolak setelah menghabis nasi gorengnya, tisu dicapai untuk mengelap mulut. Straw minuman diputarkan bagi mengacau jus oren di dalam cawan, wajahnya kosong tanpa senyuman. Kehilangan pelajarnya itu benar-benar memberi kesan, bertambah buruk lagi tatkala dia mengetahui bahawa gadis itu tidak bersalah.

"Kau tak cuba cari dia?" soal Amir, dia juga pening melihat perubahan rakannya itu.

"Aku tak tahu nak cari dia kat mana" lemah Thaqief menjawab, wajahnya diraup.

"Call?"

"Out of network, aku rasa dia tukar number"

"Hm, dia betul-betul menghilangkan diri" balas Amir, tisu diambil untuk mengelap mulut.

"Semua silap aku"

"Memang" selamba saja Amir menuturkan kata, benda betul kan.

"Kalau lah aku selidik dulu kan, benda ni mesti tak kan jadi. Fina masih stay dengan aku, hidup aku pun tak kan huru hara macam ni"

"Tapi kau tak kan tahu yang dia selama ni cintakan kau, kalau semua ni tak jadi kau tak kan tahu yang dia menaruh harapan... Dah lah Qief, benda pun dah jadi. Berbulan dah benda ni jadi, aku rasa dia dah maafkan kau kot" pujuk Amir, Thaqief mencebik. Harap macam tu lah.

"Hai cikgu" tegur seseorang, Thaqief menoleh manakala Amir pula sudah tercengang melihat Nadia di belakang rakannya itu.

"Lama saya tak nampak cikgu, rindu pulak rasa! Cikgu sihat?"

"Awak nak apa lagi Nadia?!" Thaqief mula berang, sudah lah dia punca segalanya lepas tu boleh selamba tegur orang macam tak ada buat salah.

"Lah, tak kan lah masih marah pasal hal dulu kot" selamba Nadia melabuhkan punggung di sebelah Thaqief, pantas lelaki itu berdiri. Amir pula sudah mula bingung, cari pasal betul perempuan ni.

"Eh awak ni kenapa ha? Tak beradab? Tak malu ke?!" marah Thaqief, bengang dia dibuatnya.

"Lah, kenapa je?"

"Awak tanya kenapa, eh awak ni sedar ke buat-buat tak sedar ha? Awak lupa apa yang awak dah buat?!!" suara Thaqief mula meninggi, gadis itu masih tersenyum.

"Ish, tak kan lah saya lupa. Tu lah saat paling bahagia dalam hidup saya, perempuan tak bermaruah tu pergi dari sini" selamba Nadia menjawab, nafas Thaqief semakin tak teratur. Ikutkan hati mahu saja dia tampar wajah gadis ini, namun dia masih berfikir waras.

"Siapa yang tak bermaruah ha?!!! Saya rasa awak lebih memalukan daripada dia, eh awak ingat saya tak tahu ke apa yang awak dah buat? Semua tu kerja awak kan? Makin saya diamkan, makin melebih! Awak dengar sini Nadia, berhenti kacau saya. Saya tak teragak-agak untuk bawak hal ni ke balai kalau awak masih ganggu hidup saya! Eh tak cukup ke hukuman awak kena buang sekolah tu ha? Tak puas lagi menggedik? Walau saya dah tahu awak punya angkara saya tetap diam sebab saya malas nak besarkan hal, tapi awak dah melampau!

Berhenti hina Syafina, dia jauh lebih mulia dari kau. Sekali lagi kau muncul depan aku, kau tahu nasib kau. Ingat tu!" Thaqief memberi amaran sebelum beredar, panggilannya di hujung kata juga sudah bertukar. Tiada yang lebih teruk selain daripada penghinaan buat Syafina, dia tak kan biarkan orang lain menghina gadis itu seperti apa yang dia lakukan dulu. Pelajarnya yang satu itu sangat mulia di matanya, hanya dia saja yang terleka untuk menghargai.

Hati Untuk Cikgu Where stories live. Discover now