11 - C O O K I N G 🍳

3.6K 182 19
                                    

P R E S E N T ;

~ H a t i U n t u k C i k g u ~

♡♡♡

LESUNG BATU yang dipenuhi bahan-bahan masakan itu dimasukkan ke dalam kuali yang telah dipanaskan oleh Thaqief, bahan tumisan itu dikacau dalam minyak panas. Berdebar juga dia saat itu, kalau tak sedap? Confirm, terus blacklist dari calon isteri.

"Indahnya bintang, berkelipan... Hati ter-"

"Jangan menyanyi masa masak, nanti dapat suami tua" teguran Thaqief meghentikan nyanyian pelajarnya itu, Syafina tersengeh.

"Kalau orang tua tu cikgu, bukan setakat nyanyi je malah saya boleh buat konsert kat sini" gumam Syafina, dia tertawa kecil.

"Ha?" soal Thaqief, kening dijongket. Dia mendengar pelajarnya itu seperti berkata sesuatu, namun dia tidak dapat menangkapnya.

"Oh, urm tak ada apa" balas Syafina, Thaqief hanya mencebik. Setelah beberapa minit beraksi, akhirnya siap jugalah nasi gorengnya.

"Nah!" pinggan berisi nasi goreng itu dihulurkan.

"Thankyou" tersenyum Thaqief dibuatnya, nampak macam sedap.

"My pleasure"

"Bismillahirrahmanirrahim-..." nasi goreng dijamah, teruja wajahnya saat itu.

"Fina, sedap awak masak!"

"Oh ye? Terima kasih" Syafina membalas dengan senyuman, macam nak terjun lombong je crush puji air tangan sendiri. Saya buat dengan penuh cinta, kasih sayang dan keikhlasan tau sebab tu sedap!

"Cikgu!"

"Ye?"

"Saya nampak something kat muka cikgu" ujar Syafina, pickupline on!

"Ha? Kenapa? Muka saya ada apa-apa ke?" soal Thaqief gelabah, Syafina menahan gelak.

"Saya nampak-... muka bakal suami saya!" sambung Syafina, nasi goreng dijamah. Thaqief tersenyum lebar, the power of Niaa Syafina.

"Pickupline reti, memasak reti, so tak rugi la kalau saya ambil awak jadi isteri satu hari nanti" selamba Thaqief bergurau sebegitu, tersedak Syafina dibuatnya.

"Eh! Eh! Ya Allah Fina, maaf-maaf" belakang badan gadis itu ditepuk perlahan, tak sangka pelajarnya itu boleh terkejut sebegitu.

"Fina, saya gurau je"

"Yaa hahah, saya tahu cikgu bergurau. I'm not even in your future wife list, kan?" balas Fina senada, bertuahnya saya kalau cikgu cakap pasal isteri tu secara ikhlas dan bukan gurauan.

"Tapi awak-"

"Guys!" celah Maya yang tiba-tiba muncul, terhenti kata-kata Thaqief.

"Wah, awek buatkan nasi goreng eh Qief? Lepas ni aku makan nasi minyak kau lah ahahah!!!" bahu rakannya itu dipeluk, sakan dia tergelak.

"Nasi minyak? Huh! Kau dulu lah dengan Maya, lepas tu baru aku menyusur. Kan Fina?" balas Thaqief, mata kanannya dikenyitkan kepada Syafina.

Hati Untuk Cikgu Where stories live. Discover now