16 - L A S T M E E T 🍃

3.8K 168 11
                                    

P R E S E N T ;

~ H a t i U n t u k C i k g u ~

♡♡♡

PINTU KERETA dibuka, Syafina dan rakannya itu melangkah keluar. Beg baju Hana dibawa sekali, sempat Hana mengucapkan terima kasih kepada gurunya itu. Tangan Syafina ditarik, mereka berdiri di hadapan pagar rumah. Syafina pula menjongket kening, wajah rakannya itu dipandang memohon penjelasan.

"Aku dengar apa yang kau bualkan tadi" ujar Hana, Syafina mencebik.

"Bukan kau tidur ke?"

"Tak, aku pura-pura tidur. Fina, kenapa kau tak confess je? Peluang untuk kau confess tadi besar tau, tapi kau lepaskan macam tu je?"

"Kau tak kan faham selagi kau tak ada kat tempat aku Na, kalau kau betul-betul dengar apa yang dia cakap tadi... Kau akan tahu kenapa aku pilih untuk simpan benda ni, aku tak nak dia tahu" jawab Syafina, suaranya mula mengendur menahan sebak.

"Dah lah weh, kau jangan lah ambil benda ni as a big problem do. Tak elok lah, jangan sebab benda ni hancurkan senyuman kau. Chill, banyak lagi benda yang kita kena hadap lepas ni. Kau kuat ok?" pujuk Hana, rakannya itu mengangguk perlahan.

"Dah, kau take care tau. Make sure dia hantar kau sampai depan rumah, terus balik. Jangan melencong ke tempat lain, dah malam ni. Faham?"

"Faham sistur, bye! See you later" tubuh Hana dipeluk sebelum dia melangkah ke kereta, lambaian kecil diberi.

"Bye! Terima kasih cikgu" jerit Hana, lambaian diberi. Thaqief tersenyum, keretanya meluncur laju meninggalkan kawasan rumah Hana.

"Fina, nak belok mana ni?" soal Thaqief, dia diberitahu bahawa rumah Syafina dan rakannya itu di taman sebelah saja. Bezanya, rumah Hana setingkat dan rumah Syafina pula dua tingkat.

"Oh, ha cikgu masuk kanan lepas tu jalan terus sikit and rumah paling hujung tu la rumah saya" terang Syafina, Thaqief mengangguk faham. Sekeliling taman itu dia pandang, boleh tahan cantik rumah banglo di taman itu.

"Fina, parents kerja apa?"

"Baba saya arkitek, mama ada bisnes butik"

"Oh" kereta dipandu sehingga sampai ke rumah pelajarnya itu, Syafina tersenyum tipis. Tali pinggang keledar dibuka, mereka berdua melangkah keluar. Thaqief mendekatinya, mungkin ada ucapan terakhir sebelum Syafina masuk.

"Cikgu, saya-..." Syafina menunduk mati kata, tidak tahu apa yang hendak dicakapkan untuk kali terakhir itu. Thaqief berkerut dahi, dia merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan pelajarnya ini cuma dia juga tidak tahu apa.

"Fina, saya perasan that there have something was not right with you. Apa yang jadi sebenarnya, cuba cakap" lembut Thaqief memujuk, Syafina sebak.

"Saya mintak maaf kalau ada buat awak tersinggung, saya tak tahu apa yang awak tengah fikir sekarang. Fina kalau awak ada masalah apa-apa, awak boleh cerita kat saya. Saya sentiasa ada, awak contact je. Ok?" pujuknya lagi, Syafina hanya tersenyum kelat.

"Tak ada apa lah cikgu, saya ok je. Cikgu tak ada salah pun dengan saya, terima kasih untuk saya sepanjang trip kita ni. Saya akan jadikan ini sebagai memori paling indah dalam hidup saya, terima kasih banyak" balas Syafina, Thaqief mengangguk dengan senyuman.

"Saya masuk dulu, cikgu drive elok-elok. Assalamualaikum" pamit Syafina, langkah diatur masuk ke dalam rumah. Thaqief pula masih berdiri tegak di tempatnya, langsung tak berganjak. Syafina berkerut dahi, dia mendekati gurunya itu semula.

"Kenapa, tak nak balik ke?" soalnya, Thaqief tersenyum tipis,

"Awak tak ada pickupline untuk saya sebelum saya balik ke?" soal Thaqief, muncul juga senyuman Syafina yang melebar itu. Haih la Encik Thaqief, you never failed make me smile.

Hati Untuk Cikgu Donde viven las historias. Descúbrelo ahora