9 - S E D A R 🐢

4.3K 177 12
                                    

P R E S E N T ;

~ H a t i U n t u k C i k g u ~

♡♡♡

MATANYA perlahan-lahan mencelik, berkerut seribu dahinya menahan pening. Sekeliling khemah dipandang, bukan ke semalam dia di air terjun? Bermacam-macam soalan muncul di fikirannya, pelik juga apa yang jadi malam tadi. Bunyi tapak kaki yang mula mendekati khemah itu semakin menakutkannya, dia berpeluk tubuh di hujung khemah. Zip khemah dibuka, terpampang wajah rakannya.

"Weh Fina, alhamdulillah bangun pun kau" ujar Hana, dia merangkak masuk khemah. Wajah pucat rakannya itu dipandang, tangannya melekap ke dahi Syafina.

"Hm, reda jugak panas kau. Suhu kau naik kau tahu tak, pagi-pagi buta kitorang dah risaukan kau"

"Weh, apa jadi sebenarnya? Aku tak tahu apa-apa ni"

"Kau pengsan semalam..." jawab Hana, rakannya itu tiba-tiba teringat sesuatu.

"Oh ye weh! Ada sesuatu sergah aku that time, weh sumpah aku terkejut gila then kepala aku tiba-tiba pening" laju Syafina memintas, Hana mengangguk.

"Yaa, buah hati kau tu lah yang sergah kau. Then dengan selambanya kau landing dekat dia, untung dia sempat sambut tau! Aku tak nampak apa yang jadi but daripada gaya kau baring dekat riba dia semalam, aku rasa macam tu lah" terang Hana, membuntang biji mata Syafina.

"What? Kau pergi mana do! Asal kau tinggal aku?"

"Selipar aku putus, kau jalan laju sangat sampai aku nak panggil pun tak sempat dah. Aku diam je lah, sekali aku dengar Cikgu Qief jerit" ujar Hana, ternganga Syafina mendengar penjelasannya saat itu.

"Then, apa jadi?"

"Part ni serious kau akan blushing, guess what! Dia cempung kau bawak ke sini do" teruja Hana bercerita, semakin menganga lah rakannya ini.

"Kau agak-agak lah nak tipu, tak kan lah dia sanggup cempung aku semata-mata"

"Ye betul saya bawa awak ke sini semalam, kalau bukan saya tak kan lah nak suruh Hana heret awak ke sini" celah Thaqief, laju tangan Syafina menutup kepalanya dengan tuala di situ.

"C-cikgu..." panggil Syafina, Thaqief hanya tersenyum kelat. Gadis itu keluar dari khemah, pandangannya redup.

"Saya mintak maaf susahkan cikgu"

"Tak lah, saya yang silap. Saya tak patut-"

"Fuh! Ada scene yang aku terlepas ke?" celah Amir yang muncul entah dari mana, terhenti kata-kata Thaqief.

Bukkk!!!

"Arghh!" jerit Amir, senak perutnya dek kerana disiku oleh Thaqief.

"Eh babun kodong, kau bla ar! Sibuk je" marah Maya, lelaki itu hanya menjeling.

"Dah, awak semua pergi siap-siap dulu. Kita solat sama-sama, nak masuk Subuh dah ni" arah Fateha, semua mengangguk faham.

🐢🐢🐢

MEE HOON goreng yang dimasak oleh Maya itu dimakan bersama-sama sebagai sarapan pagi, demam Syafina juga sudah beransur pulih sejak Subuh tadi. Selesai makan, mereka semua masuk ke dalam khemah. Telefon pintarnya dicapai, berkerut dahinya memandang log panggilan. Berpuluh kali Puan Lina menghubunginya namun tiada satu pun yang dijawab, silapnya juga silent phone.

Hati Untuk Cikgu Where stories live. Discover now