23 - C O N F E S S 🐝

5.2K 211 45
                                    

P R E S E N T ;

~ H a t i U n t u k C i k g u ~

♡♡♡

PANDANGANNYA hanya menunduk, gerun memandang wajah Thaqief sebegitu. Tidak pernah dia melihat gurunya itu marah, entah di mana silapnya sehinggakan lelaki itu mengamuk. Dia yakin ada perkara yang Nadia beritahu pada Thaqief cuma dia tidak tahu apa, jantungnya semakin berdebar.

"So, seronok? Happy dengan life awak sekarang, awak ni memang tak malu ke macam mana erk?" sinis soalan Thaqief lontarkan, Syafina mengangkat wajah.

"Apa yang cikgu cakap ni? Saya tak faham"

"Jangan nak buat-buat tak faham lah Fina, saya dah tahu semua benda!" tengking lelaki itu lagi, Syafina terdiam.

"Awak sebenarnya ada perasaan dekat saya kan? Awak sengaja nak pikat saya, goda saya dengan benda yang bukan-bukan. Surat-surat yang awak tulis dengan ayat-ayat pervert dan coklat yang saya dapat tu semua dari awak kan!" sambung Thaqief lagi, Syafina tidak menjawab malah hanya menunduk. Pasal coklat je? Gurunya itu berubah sampai macam tu. Tapi-

Surat?

Bila masa pula dia beri surat.

"Jawab Syafina!!!" buat sekian kalinya Thaqief menengking, terhinjut bahu Syafina mendengarnya.

"S-saya-..." Syafina mati kata, bergetar bibirnya menahan sebak. Dengan Thaqief sebegitu, mustahil lelaki itu akan mendengar penafiannya.

"Saya apa?! Awak memang cintakan saya kan?" soal Thaqief, Syafina masih diam menunduk. Menahan airmata yang berlumba-lumba menuruni pipi, mahu saja dia pulang ke rumah waktu itu.

"Awak tak malu ke Fina? Suka cikgu sendiri, hantar surat dekat saya yang bukan-bukan. Awak tak kesian ke dekat mama baba awak? Hantar awak pergi sekolah untuk belajar tapi awak boleh pilih untuk bercinta, awak tahu tak perangai awak ni dah melampau! Saya boleh adu pada cikgu disiplin tentang kelakuan awak ni tau! Now jawablah soalan saya, awak memang cin-"

"Ya!!! Saya cintakan cikgu!!!" pintas Syafina, suaranya meninggi. Malas mahu berdiam, dia perlu menegakkan kebenaran. Bukan biar orang tengkingnya sesuka hati, dia tak kan berdiam diri.

"Memang saya cintakan cikgu, tapi saya bukannya tak boleh fikir untuk plan perkara bodoh macam yang cikgu cakap tu! Saya tak pernah terfikir sikit pun untuk buat macam tu, cikgu ingat saya ni murah sangat ke?!!!" tengking Syafina, suaranya kedengaran sebak.

"Saya cintakan cikgu! Puas? Puas dah hati cikgu?! Apa lagi yang cikgu nak tanya saya?! Apa lagi yang cikgu nak tuduh? Apa lagi?!!" jerit Syafina, giliran Thaqief pula terdiam memandangnya.

"Saya hantar surat-surat untuk menggedik dengan cikgu? Plan untuk buat cikgu jatuh hati pada saya? Goda cikgu? Pura-pura innocent, then what?!!!" airmatanya laju meluncur ke pipi, wajahnya berubah merah.

"Fina awak ni dah kenapa ha?! Dah hilang akal? Awak sedar tak saya ni cik-"

"Salah ke saya simpan perasaan saya untuk cikgu? Besar sangat ke silap saya sampai cikgu sanggup tengking saya macam ni, salah ke saya? Mencintai cikgu itu masalah saya bukan masalah cikgu! Selama ni pernah ke saya push cikgu untuk accept saya? Pernah ke saya suruh cikgu balas cinta saya? Pernah ke?! Tak kan! Suka atau tak itu hak saya"

Hati Untuk Cikgu Where stories live. Discover now