27 - S E M A K 🌾

5.4K 195 21
                                    

P R E S E N T ;

~ H a t i U n t u k C i k gu ~

♡♡♡

PASIR PANTAI itu dikuis dengan kaki, angin yang lembut menyapa wajah membuatnya nyaman. Lagi pun mereka sedang cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina, pejam celik pejam celik sudah hampir tiga bulan dia di situ. Sekejap saja masa berlalu, semuanya berjalan lancar. Namun rindunya pada mereka di sana, semakin hari semakin bertambah.

"Haa, termenung saja kamu ni" tegur Makcik Hasnah, Syafina menoleh.

"Eh heheh, tak ada lah maktok. Niaa rindu baba, mama, abang, kakak, kawan-kawan Niaa semua... Tak pernah berjauh dengan diorang sampai lama macam ni" tubuh neneknya itu dipeluk dipeluk dari tepi, entah angin apa tiba-tiba saja dia mengejak Makcik Hasnah ke pantai.

"Oh tak apa lah, zaman sekarang kan dah maju. Ada pes-... pes apa tu. Maktok pun lupa"

"Ha? Pes apa maktok?" berkerut dahi Syafina mendengarnya, Makcik Hasnah pula ligat memikirkan perkataan itu.

"Alahhhh, ada tu untuk tengok-tengok muka. Apa namanya, pes- pes tam-.. pes tem? Ha lebih kurang macam tu lah" ujar Makcik Hasnah, Syafina tergelak sebaik saja dia berjaya menangkap maksud neneknya ini.

"Face time lah maktok, yang kita call nampak muka tu kan?"

"Ha yang itu lah, yang pes taim tu" ujar Makcik Hasnah, Syafina tersenyum seraya menggeleng kepala. Pes taim pun pes taim lah!

"Weh Fina?!" tegur seseorang, Syafina menoleh.

"Woi! Macam mana boleh ada kat sini!!!" terlompat-lompat mereka berpelukan, teruja melihat kehadiran Zara di situ.

"Ahah!!! Kan aku dah bagitahu aku nak ke sini"

"Takk, aku ingat pagi tadi!" jawab Syafina, Zara tergelak.

"Assalamualaikum maktok!!! Sihat?" tangan wanita tua itu disalam.

"Sihat alhamdulillah, kamu datang dengan siapa?" 

"Dengan ibu ayah, abang dengan kakak saya semua balik sini. Itu yang ayah ajak picnic dekat pantai ni, tak sangka pulak ada Syafina dekat sini" jawab Zara, Makcik Hasnah mengangguk.

"Zara?" tegur Puan Fizah, Zara menoleh.

"Eh Mak Nah? Ya Allah Mak Nah, ingat Pijah lagi tak?" soal Puan Fizah sebaik saja dia melihat wanita tua itu, tangan Makcik Hasnah disalam.

"Pijah? Kamu ni Pijah anak arwah si Kadir tu ke?" soal Makcik Hasnah semula, ligat akalnya mengingati wajah Puan Fizah.

"Haah betul betul, saya anak Pak Kadir"

"Ya Allah Pijah, lama dah Mak Nah tak jumpa kamu. Sihat kamu sekarang?" mereka berpelukan, tersenyum keduanya dapat menyatukan semula silaturahim yang sudah lama terputus. Syafina dan Zara pula saling berpandangan, masing-masing mengangkat bahu.

"Alhamdulillah sihat Mak Nah, Mak Nah sihat?"

"Alhamdulillah macam ni lah, sakit-sakit tua. Kamu datang dengan siapa?"

Hati Untuk Cikgu Where stories live. Discover now