8 - F A I N T E D 💀

4K 179 4
                                    

P R E S E N T ;

~ H a t i U n t u k C i k g u ~

♡♡♡

LENANYA terjaga sebaik saja dia merasa tidak selesa, tiba-tiba sahaja dia hendak terkencing. Skrin telefon dikerling, sudah jam 3 pagi. Gila ke? Dah lah tandas pun jauh dari situ, tempat itu pula asing baginya. Tubuh Hana digoyangkan, namun rakannya itu tidak sedar walau sikit pun.

"Hana... Na bangun lah Na, teman aku pergi toilet" pipi rakannya itu ditampar perlahan, terpisat-pisat gadis itu bangun.

"Woii apa ni? Kau tak reti tidur ke Fina? Huwarghhh!!!" gumam Hana, dia menguap.

"Adu weh teman lah aku, sumpah tak tahan ni. Aku nak kencing, jom lah teman aku..." rayu Syafina, Hana menggosok kelopak matanya yang masih berat.

"Lah kau tahan lah, esok Subuh kau kencing lah puas-puas" Hana kembali meletakkan kepala di bantal, Syafina melongo.

"Kepala otak kau! Kau ingat pundi kencing aku ni boleh set timer ke bila nak kencing, Na teman lah aku Na adu!" tangan Hana ditarik, rakannya itu kembali duduk.

"Adu ye lah ye lah!" jawapan Hana mengukir senyuman di wajah rakannya itu, dia menyapai tuala untuk menutup kepala. Lagi pun, bukan ada sesiapa pagi-pagi buta macam ni.

"Torchlight?" soal Hana, Syafina menghidupkan lampu suluh.

"Toilet kat mana?"

"Sana, jauh do!" luah Hana, dia juga telah diberitahu oleh Maya tadi. Tidak berkelip biji mata Syafina mendengarnya, habislah. Laju dia mengatur langkah, dah tak tahan sangat.

"Weh mana do? Aku tak nampak angle-angle jamban pun, sungai ada ar ni!" ujar Syafina, namun berkerut dahinya apabila tiada balasan dari Hana. Dia menoleh, lampu disuluh.

"Hana?" panggilnya, entah bagaimana rakannya itu boleh tiba-tiba hilang memandangkan dia jalan terlalu laju.

"Hana!" jeritnya, namun masih senyap.

"Hana, kau dekat mana?" suara Syafina mulai kedengaran sebak, meremang bulu romanya dengan keadaan sekeliling. Semak yang kedengaran dilanggar seseorang itu menarik perhatian, lampu suluh dihala namun tiada orang.

"Hana! Tak lawak lah gila buat job macam ni" jerit Syafina dengan harapan rakannya itu keluar, airmatanya sudah mula bertakung.

"Hana?!" dia menoleh lagi tatkala semak tadi bergoyang, lampu disuluh namun masih tiada orang.

"M-mama..." bergetar bibirnya menuturkan nama itu, dia menoleh ke hadapan dan-

"BAHHHHH!!!!"

"AAAAAAAA!!!!!!!!!" sehabis daya Syafina menjerit sebelum tubuhnya rebah di dalam dakapan gurunya itu, ternganga Thaqief dibuatnya.

"Fina!!! Fina ya Allah, s-saya mintak maaf. Fina bangun!" pipi pelajarnya itu ditampar lembut, menyesal pula dia menyergah gadis itu tadi. Nasib baik sempat sambut, kalau tak?

"Fina!" panggilnya lagi namun gadis itu tidak bergerak sikit pun, dia sudah mula gelabah. Tambah pula tuala di kepala Syafina sudah terbuka, rambut gadis itu terjuntai. Dia terduduk, kepala gadis itu dipangku.

"Amirrrr!!! Mayaa!!! Teha!!!! Tolong aku!!!" jerit Thaqief sekuat hati, namun masih tiada sahutan. Muncul satu cahaya menerpa matanya, Hana mendekatinya.

"Ya Allah cikgu, kenapa ni?!! Fina?" soal Hana, gelabah juga dia melihat rakannya yang sudah terbaring di riba gurunya itu.

"Dia pengsan lepas saya sergah dia tadi, macam mana awak boleh ada kat sini?"

"Saya teman dia nak pergi toilet, tapi tadi selipar saya putus and saya berhenti kejap. Fina tak sedar saya berhenti and terus jalan je, maybe dah tak tahan sangat. Then saya dengar cikgu jerit, tu yang saya cepat-cepat ke sini" terang Hana panjang lebar, Thaqief sudah semakin buntu.

"Ya Allah apa kau dah buat Qief..." wajahnya diraup, menyesal dengan perbuatannya menyergah tadi. Tanpa berfikir panjang, tubuh Syafina dicempung selamba.Hana pula terkebil-kebil di situ, macam drama korea bhai! Tambah pula melihat rambut rakannya itu sudah terdedah, terkejut juga melihat gurunya bertindak sebegitu.

Mereka sampai ke khemah, dengan pantas Thaqief meletakkan Syafina di dalam khemah pelajarnya itu sebelum kaum Adam yang lain keluar. Aurat tetap aurat, biarlah hanya dia sorang saja yang melihat aurat pelajarnya itu dalam keadaan darurat sebegitu. Nafas dihela perlahan, mujur Syafina pergi bersama Hana. Kalau tak, keadaan bakal bertambah parah.

"Woi Qief , apa cer?" soal Amir, Thaqief meraup kasar wajahnya.

"Dia pengsan lepas aku sergah dia"

"Oh ye? Bodohnya" selamba Amir menuturkan kata, macam tak ada kerja lain je lah main sergah-sergah. Keadaan agak huru-hara saat itu, semua kelam-kabut.

🍒 B E R S A M B U N G 🍒

.

.

.

.

.

🌵🌵🌵

Hii ,

V o t e
¤¤¤
C o m m e n t

Thankyou ! ❤

Sincere ,
hanaakhairul

ThaqieFina

Hati Untuk Cikgu Место, где живут истории. Откройте их для себя