30 - M E E T 👀

6.6K 210 33
                                    

P R E S E N T ;

~ H a t i   U n t u k  C i k g u ~

♡♡♡

MERIAH banglo Encik Khairil menerima kepulangan anak gadisnya petang itu, kali terakhir mereka berjumpa pun Hari Raya Aidilfitri tempoh hari. Puas memujuk, akhirnya pulang jugalah Syafina ke pangkuan keluarga. Baru sahaja tangannya hendak mengambil buah tembikai, namanya diseru.

"Fina!" panggil Hana, rakannya itu menoleh.

"Asal?"

"Ada-... ada orang nak jumpa- jumpa kau" tergagap-gagap Hana menuturkan kata, bagai dapat mengagak apa yang bakal terjadi sebentar lagi.

"Jumpa aku? Siapa?" soal Syafina, berkerut dahinya.

"Jom je lah" tangan Syafina ditarik keluar rumah, terhenti langkah Syafina memandang lelaki yang berdiri di hadapan rumahnya saat itu. Jantungnya berdegup laju bagai tidak berpenghujung, nafasnya bagai tersekat di kerongkong.

"Auntie Fina!!!" Ayra berlari ke arahnya, kaki Syafina dipeluk.

"H-hey, Ayra what you doing here?" Syafina menunduk, Ayra tersenyum.

"Daddy said, dia nak jumpa auntie" ujar Ayra, senyuman Syafina perlahan-lahan pudar.

"Hana, kau bagitahu dia aku dah balik?" tajam matanya menikam anak mata rakannya itu, Hana menggeleng laju.

"Sumpah tak! Aku tak ada kena mengena ea"

"Habis tu-"

"Ayra bagitahu saya yang awak ada dengan Hana" Thaqief memintas kata-kata Syafina, semakin tak teratur nafas gadis itu.

"Na, bawak Ayra masuk" arah Syafina, Hana mengangguk. Tangan Ayra dipimpin masuk ke dalam rumah, sungguh dia berharap rakannya itu mampu mengawal perasaan marah.

"Siapa suruh cikgu datang sini ha?!!" laju langkah diatur ke arah gurunya itu, geram sungguh hatinya saat itu. Entah bagaimana lelaki itu mengetahui dia pulang, semak je!

"Syafina, mana awak pergi? Puas saya cari awak tapi awak tak ada, saya rindu awak Fina. Akhirnya awak balik, saya bersyukur dapat jumpa awak" soalan Syafina tidak dijawab malah dia meluahkan isi hati, syukur hatinya dapat bertemu dengan gadis itu lagi.

"Cikgu balik lah! Tak ada apa dah untuk cikgu dekat sini, hati saya dah lama mati lah untuk cikgu. Sekarang, ada baiknya cikgu balik sebelum panggil polis. Balik!" arah Syafina, namun matanya pula bertakung dengan airmata. Sungguh setiap kata-kata yang terlafaz di bibirnya saat itu, tidak selaras dengan hatinya. Benci tapi- entahlah.

"Saya yakin awak masih sayangkan saya, tolong jangan tipu perasaan awak sendiri Fina. Tolonglah, maafkan saya. Maafkan segala silap saya dulu, sumpah saya menyesal atas apa yang saya buat dulu" bersungguh-sungguh Thaqief memohon, dengan harapan gadis hadapannya ini berlembut hati.

"Cikgu sendiri dah buang saya, hati saya sakit dengan apa yang cikgu buat. Saya jadi takut untuk percaya orang, saya takut untuk bukak hati saya buat mana-mana lelaki pun. Semuanya sebab cikgu! Empat tahun cikgu, empat tahun saya ubat hati saya sendiri. Ada cikgu kisah? Sekarang ni, cikgu senang-senang je nak saya terima cikgu balik? Cikgu tuduh saya bukan-bukan, cikgu percaya cakap dia tanpa selidik dulu, cikgu hina saya macam saya tak bermaruah.

Hati Untuk Cikgu Where stories live. Discover now