» 5

965 70 3
                                    

Aku sibuk menyiapkan kerja Sejarah yang diberi oleh cikgu. Sememangnya aku malas nak buat kat rumah. Jadi baik aku siapkan awal-awal.

Aku mengerling Dina dihadapan.

Dia sibuk berborak dengan Khairul.

Aku mengerling...

Hariel pula.

Dia sedang tidur berbantalkan lengan. Kepalanya dipusing ke arah aku.

Khusyuk betul dia tidur. Hensem rupanya mamat ni. Bulu mata dia pun lentik.. putih pula tu.

Tiba-tiba ada seekor nyamuk hinggap di wajah bersihnya itu.

Biar dia rasakan gatal tu nanti!

"Syok, usha aku?" Hariel tiba-tiba bersuara.

Segera aku sambung membuat kerja.

"Perasan je kau ni" jawab aku.

"Mengaku je lah"

"Aku usha kau sebab ada nyamuk kat situ" jawab aku. Betullah kan?

"Alasan"

"Tak percaya sudah lah kau. Nanti rasa gatal jangan nak merengek" balas aku.

Hariel tergelak kecil memikirkan itu hanya alasan semata-mata.

Sedang aku sibuk menulis, Hariel bersuara.

"Gatal lah.. Betullah kau cakap tadi" rengek Hariel. Tangannya sibuk garu di tempat yang gatal itu.

Aku menggeleng. Padan muka.

Aku hanya buat tidak tahu. Kelihatan dia agak sukar membuat kerja. Sekejap garu, sekejap buat kerja.

Aku mengeluarkan ubat nyamuk di dalam poket. Bukan ubat yang kena bakar tu eh!

"Nah. Sapu benda ni kat tempat gatal tu. Nanti hilang lah tu" aku meletakkan ubat nyamuk itu di atas meja Hariel.

Baru Hariel ingin mengambil, Dina terlebih dahulu mencapai ubat itu.

"Awak tak payah susah-susah lah guna dia punya. I pun ada satu. Kejap eh" Dina mengeluarkan sesuatu dari beg nya.

Aku menggeleng malas. Suka hati kau lah.

"Nah." Dina menghulurkan ubat itu kepada Hariel

Sempat aku mengerling ubat yang dikatakan Dina sebelum ketawa besar.

Hariel dan Khairul juga turut ketawa.

"Dina sayang. Itu minyak angin" kata aku lalu sambung ketawa.

Dina mendengus. Ubat nyamuk kepunyaan aku tadi dicampak ke atas meja aku.

Tawa aku masih belum reda.

Haih tak baik lah, Lara!

"Terima kasih" ucap Hariel sambil mengambil ubat kepunyaan aku itu.

"Hm" balas aku.

Tok tok tok!

Bunyi pintu kelas diketuk kedengaran.

"Freya Darleyna. Ikut saya sebentar" panggil seorang pengawas lelaki.

Aku bangun lalu menapak ke arahnya.

"Jom" ajak Pengawas lekaki itu.

Aku malas nak tanya pergi mana. Sebab aku memang tak mesra dengan lelaki. Biarlah dia nak bawak aku pergi Timor leste sekalipun aku takkan tanya.

Langkahnya berhenti di bilik disiplin. Badan aku mula menggigil. Terpaksa juga aku menanyakan soalan.

"Weh aku ada buat salah ke?" Tanya aku kepada pengawas lelaki itu.

"Yang itu aku tak tahu. Sorry" jawabnya.

Aku membuka kasut sebelum memasuki bilik disiplin itu.

"Assalamualaikum" aku memberi salam.

"Waalaikumussalam" jawab seorang guru perempuan dengan nada ceria.

Buat salah pun ceria eh?

"Saya ada buat salah apa cikgu?" Tanya aku.

Takkanlah Hariel betul-betul bagitahu cikgu sebabkan aku tak nak kawan dengan dia. Ya Allah.

"Eh tak buat salah pun. Duduk lah" pelawa Cikgu.

Aku menghela nafas lega.

Aku melabuhkan punggung di hadapan cikgu.

"Nama cikgu apa eh?" Tanya aku sopan.

"Oh. Nama cikgu, Cikgu Norwa. Kamu Freya Darleyna kan?" Tanya Cikgu sambil mengeluarkan sekeping kertas.

"Ah ya" jawab aku.

"Okay macam ni. Ketua Pengawas ada report kat cikgu tentang kamu. Jadi, Freya. Betul ke kamu ada terserempak dengan sekumpulan budak lelaki yang cuba ponteng baca Al-quran?" Tanya Cikgu Norwa.

"Ya, ada" balas aku pendek.

"Okay. Disebabkan kes itu, cikgu dah tambah markah kebaikan kamu. Dan lagi satu, cikgu sangat alu-alukan kamu untuk jadi pengawas sekolah. Kamu nak?" Pelawa Cikgu Norwa.

Aku bermain jari. Di sekolah lama aku, aku merupakan penolong Ketua Pengawas Sekolah jadi, mestilah aku nak rebut peluang ni.

"Boleh je"

"Okay bagus. Kertas ni kamu ambil, isi nama apa semua lepastu suruh mak ayah tandatangan. Makesure tanya kebenaran mereka dulu tau" pesan Cikgu Norwa.

Aku mengangguk faham sebelum bersalaman dengan Cikgu Norwa.

Yes!!! The Garang Freya is back!

•••

"Barang semua dah ada?" Tanya Mama kepada Yeeq.

"Sudah, Ma" jawab Yeeq.

"Kalau macam tu, Eya. Tolong kunci rumah" arah Mama.

Aku mengangguk.

Langkah diatur ke pintu rumah. Dalam diam, aku mengeluh.

Mesti aku akan rindu dengan insan yang bernama Yeeq tu nanti.

"Kiko!" Panggil aku.

Tidak lama kemudian, Kiko yang asalnya di belakang rumah, terbang ke arah aku.

"Eya nak keluar. Food at the back" kata aku.

Kemudian Kiko mengusap kepalanya dikepala aku. Comel!

Kemudian dia terbang semula ke belakang rumah.

Aku melangkah ke kereta Nissan milik papa.

"Jom" kata aku setelah masuk ke dalam perut kereta.

•••

"Do you really have to go?" Tanya aku. Air mata bertakung di tubir mata.

"Kak, pray for me tau" pesan Yeeq lalu bersalaman dengan aku.

Aku terus merangkul tubuh Yeeq.

"Dah sampai sana jangan lupa call akak tau. Jaga diri kat tempat orang. Jangan lupa akak. Belajar betul-betul" pesan aku berkali-kali dalam esakan.

"Ya kak. Akak pun jangan lupa Yeeq. You are the best sister. Of course Yeeq takkan lupa" balas Yeeq.

Aku meleraikan pelukan.

"Yeeq pergi dulu ya, Ma. Pa" Yeeq melambai ke arah kami lalu mengikuti langkah Pak Long.

Kami hanya boleh menghantar Yeeq dengan pandangan yang penuh dengan air mata sahaja.

Jaga diri kau, Yeeq.

A L I U M ✓Where stories live. Discover now