» 43

717 48 1
                                    

Aku memandu dengan tekun. Alhamdulillah sampai sudah aku di KL. Kereta Hariel tepat di hadapan aku.

Malam semalam susah betul aku nak tidur teringatkan kejadian malam tadi.

Argh!!

Aku mengetuk stereng akibat malu. Secara tidak sengaja aku tertekan hon kereta.

Terus aku duduk tegak. Aiseh.

Kereta aku dan Hariel memasuki ruang parkir kereta. Hari ini aku tak terus balik rumah. Aku singgah tempat kerja untuk cek kerja.

Aku keluar dari kereta. Begitu juga dengan Hariel.

"Jom" ajak Hariel.

Aku mengangguk kecil. Tidak lagi membantah. Sedikit sebanyak aku sudah menerima Hariel.

Kami menaiki lift untuk ke tingkat 7 dimana bilik Hariel dan bilik aku ditempatkan.

Sebaik sahaja pintu lift terbuka, semua pekerja melihat kami.

"Seronok honeymoon?" Sakat Athena.

Wajah aku membahang malu. Manakala Hariel hanya biasa.

"Best. Lepas ni kita pergi lagi ya?" Usik Hariel.

Aku hanya menggeleng sambil menggulingkan mata. Lalu langkah di bawa masuk ke dalam bilik kerja.

Jari aku di lap di atas meja. Tak berhabuk. Mesti ada orang tolong bersihkan.

Terus aku berlari anak keluar menuju ke Pantri. Mak Jah kelihatan sibuk membuat air.

Aku mengeluarkan dompet lalu not RM50.00 aku keluarkan

"Mak Jah kemaskan bilik saya, ya?" Tegur aku.

Bahu Mak Jah terhinjut sedikit lalu dia memegang dada.

"Ah, iya. Takut berhabuk. Kenapa? Ada barang hilang ke? Mak Jah tak ambil. Mak Jah kemas je" terang Mak Jah risau.

Aku tergelak kecil.

"Mak Jah jangan risau. Saya kat sini nak bagi upah aje. Terima kasih ya?" Aku menghulurkan RM50.00 tadi.

"Oh, ya ke.. Eh tak payah lah. Ni memang kerja Mak Jah. Nanti pun mak Jah dapat gaji" tolak Mak Jah.

"Itu bukan kerja Mak Jah. Kerja Mak Jah dekat Pantri je. Ambillah. Saya ikhlas" aku membuka tangan Mak Jah. Duit itu aku letak di atas telapak tangannya memaksa dia ambil duit itu.

"Iya lah, terima kasih ya" kata Mak Jah lalu tersenyum

Aku hanya membalas senyuman.

Baru hendak keluar, Hariel menegur.

"Ah, Frey. Buatkan saya air. Letak atas meja. Saya kena pergi bilik mesyuarat kejap lah" kata Hariel.

Aku mengangguk walaupun ianya bukan kerja aku. Aku tak ada apa nak buat. Buat teh pun jadi lah.

Aku masuk semula ke dalam Pantri. Mak Jah sudah tiada. Mungkin keluar menggunakan pintu dua.

Aku tidak banyak ragam, terus membuat kerja tersebut.

•••

Aku mengangkat piring yang terdapat cawan dipenuhi air teh di atasnya dengan berhati-hati.

Pintu bilik Hariel aku tolak menggunakan bahu.

Air tadi aku letak di atas meja seperti yang disuruh.

"Well, well. Hello" tegur seorang perempuan menyebabkan aku mendongak.

Terus mata aku membulat.

A L I U M ✓Kde žijí příběhy. Začni objevovat