» 32

690 58 0
                                    

Sudah 10 minit bertolak, baru aku rasa aku perlukan bantuan orang.

Hariel.

Cepat-cepat aku mencari nombor dia. Kami ada bertukar nombor telefon semasa berborak tadi.

Tidak sampai 10 saat, dia mengangkat telefon.

"Bro! Bro! Freya weh!" Kata aku kalut.

"Ha? Ha? Apa? Kenapa dengan Freya??" Tanya Hariel gelabah juga.

"Aku hantar location. Kau pergi cepat weh!!" Kata aku lalu menutup talian. Sebelah tangan memegang stereng manakala sebelah lagi menghantar lokasi kepada Hariel.

Ya Allah Freya, sabar sayang.

•••

"Mmpphh!!" Jerit aku akibat mulut ditutup dengan kain.

Aku mendapat panggilan bahawa Akmal ingin keluar bersama buat kali terakhir sebelum aku merangkap isteri orang.

Katanya dia ingin keluar bersama sebagai tanda minta maaf dia kepada aku.

Tak sangka aku percaya perangkap bodoh dia tu.

Patur aku pelik kenapa banyak-banyak tempat, dia nak keluar dekat kilang lama. Ugh.

Ya Allah, dapatkah Muhammad selamatkan aku?

Kain aku dibuka oleh Akmal.

"Apa motif kau hah?!" Tengking aku.

Akmal tergelak sinis.

"Satu je. Aku nak kau kahwin dengan aku. Macam mana?" Tanya Akmal.

Aku memandangnya tajam.

"Mati hidup balik pun belum tentu aku nak lah!" Jawab aku berani.

"Kau serius?" Tanya Akmal lalu mengacukan sepucuk pistol ke arah aku.

Aku menutup mata rapat.

Aku lagi rela mati daripada jadi seorang isteri kepada manusia yang bertopengkan syaitan ni.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi tapak kasut di luar bangunan.

Begitu juga dengan Akmal.

"Kau duduk sini diam-diam. Kalau kau lari, kau tahu lah apa nasib kau" ugut Akmal sebelum keluar.

Aku menangis semahu-mahunya.

"Frey?" Tegur seseorang dalam nada berbisik.

Aku menoleh ke kanan.

"Awak! Awak tolong saya wak!" Rayu aku.

Muhammad mengangguk.

"Awak perlahan sikit suara tu wak. Saya baru umpan dia tadi. Takut pula dia datang balik" kata Muhammad sambil membuka ikatan aku.

"Kau nak buat apa, hero?" Tegur Akmal yang entah datang dari mana.

Kami berdua menoleh.

Muhammad sudah hilang kata. Aku juga menggigil teruk dari biasa.

"Kau nak yang mana, Frey? Jadi isteri aku atau Muhammad ni dibunuh?" Tanya Akmal sinis.

A L I U M ✓Where stories live. Discover now