» 16

777 58 3
                                    

Aku melangkah gembira masuk ke dalam rumah. Sudah 6 ketul Coklat Fererro Rocher selamat masuk ke dalam perut aku.

Alangkah baiknya Hariel belikan aku lagi satu pek! Dapat lagi 6.

Ah!!!

Ruang tamu sunyi. Mungkin Papa dengan Mama di dalam bilik mereka.

Aku melangkah ke dapur. Coklat itu aku masukkan ke dalam peti ais.

Baru sahaja hendak pergi, aku berpatah balik ke peti ais.

Coklat tadi aku tolak sedalam yang mungkin supaya tiada siapa perasan.

Mana lah tahu Fareel tu kaki coklat? Mahu dirembatnya coklat aku.

Oh cakap tentang Fareel, aku memandang bilik nya sayu.

Ingin sahaja aku ketuk lepastu terjah masuk macam aku selalu buat.

Tapi perasaan bersalah tu bersarang dalam hati.

Mungkin dia perlukan masa.

Terus aku masuk ke dalam bilik.

•••

Aku melalui koridor yang menyambungkan Blok Cancer dengan Blok Aries.

Hari ini mood aku baik gila. Sebab tiba-tiba je si seketul Fareel tu salam aku sebelum pergi sekolah.

Ahhh rasa macam Yeeq dah balik.

Oh cakap tentang Yeeq, aku tak tahu mangkuk tu hidup lagi ke tak.

Lama benar tak mesej aku. Aku faham lah busy. Tapi takkan sampai tak ada time untuk aku?

Nak kata beza masa? HmmMmmm. Dekat Australia je sekarang pukul 9.30.

Sibuk berjalan melayan perasaan gembira tahap dewa ni, tiba-tiba ada bahu yang melanggar.

Tidak cukup dengan itu, aku ternampak sedikit tangan orang itu memegang poket beg aku. Namun aku abaikan. Tak penting pun! Sekarang ni yang lebih penting dia blah tanpa minta maaf!

Cepat-cepat aku menoleh. Pantang betul mangkuk yang dah langgar lepastu tak nak minta maaf. Kau fikir kau siapa?

Aku memandang tajam ke arah susuk tubuh yang aku benci itu.

No wonder..

Farisya rupanya.

"Hi darling!" Tegur Farisya sinis.

"Kau kenapa ha?" Tanya aku. Nada dikawal. Jangan lah disebabkan periuk ni, mood baik aku hilang.

"Tak kenapa. Aku nak inform something jer" kata Farisya sambil merenung kuku.

Nak cakap tengok muka lah woi! Fikir cantik sangat ke kuku dia tu? Eee lubang hidung aku pun lagi cantik!

"Aku tak sabar sangat nak tengok Hariel mula benci kau" Farisya tersenyum puas.

Aku membuat muka blur sebelum tergelak sinis juga.

"Sorry lah. That won't happen" jawab aku. Sebab apa? Sebab aku baru aje tolong dia semalam. Jadi mesti lah dia akan terhutang budi dengan aku!

"Let's see" kata Farisya sebelum beredar meninggalkan aku.

Aku tidak melayannya malah sambung berjalan. Cakap lah apa pun!

A L I U M ✓Where stories live. Discover now