» 22

800 61 5
                                    

"Eya nak pergi mana? Cantik benar" puji Mama.

"Ah, keluar dengan kawan aje. Dia dah tunggu kat luar tu. Eya pergi dulu, ma" aku bersalaman dengan Mama.

Kelakar tak? Pergi date pakai baju kurung?

Ke benda ni common?

I hope common though.

Aku memakai sepatu aku. Sempat juga kepala didongakkan. Hariel memakai suit tuxedo. Dia ni dah macam betul-betul date siap tuxedo bagai.

Apa-apa lah. Yang aku tahu aku nak end this date right away.

"Cantik" puji Hariel. Pintu dibuka untuk aku.

"Mkay. Thanks. You too" jawab aku acuh tak acuh.

Selepas pintu kereta belah aku ditutup, dia pergi ke bahagian pemandu pula.

"Hariel" tegur aku.

"Hm?"

"Act macam biasa please. Macam kita selalu act. Tak payah lah sampai buka pintu untuk aku semua" kata aku terus terang.

Aku rasa janggal tahu? Plus aku dan dia masih bersekolah.

"Okay sure" balas Hariel pendek.

Perjalanan itu tak ada lah jauh mana. Dalam 15 minit dah sampai.

Aku terus membuka pintu kereta.

"Jom" ajak Hariel.

Memang eksklusif betul restoran ni. I tabik.
Tapi still though, I prefer mamak.

"Eh makan dekat mamak aje lah. Sini macam mahal jer" kata aku sambil memandang sekeliling.

"It's all on me lah. Don't worry." Pujuk Hariel.

Oh my god degil betul budak seekor ni.

Namun langkah diikut jua.

"Nak makan apa?" Tanya Hariel.

"Ikut kau ah" balas aku. Badan disandar ke kerusi.

Selepas pelayan itu pergi, kami membisu.

"So kenapa tiba-tiba deal tu ajak date?" Tanya aku pelik.

Boleh je kot suruh aku cuci pinggan kantin ke, bersihkan satu sekolah ke. Date juga yang dipilih.

"Kau lupa ke aku confess haritu?"

"Oh, betul ke? Aku fikir kau main-main" balas aku selamba.

"Main-main apa sampai marah macam tu. Eh kalau betul aku main-main pun takkan aku main-main pasal hal perasaan lah"

Aku menggulingkan mata. Serius memang haritu aku rasa jealous. Tapi perasaan cinta atau suka tu memang tak ada langsung untuk Seorang Hariel.

"Kau tak rasa yang sama?" Tanya Hariel.

Aku menggeleng.

"Nope and never will" jawab aku.

Tolonglah tukar topik. Topik Add math pun aku tak kisah!

"Why not?" Tanya Hariel.

"Listen. Buang masa kau je lah suka aku. Kita baru Tingkatan 5 tau. Perjalanan kau panjaaaaang lagi. Apa kata kau simpan perasaan tu baik-baik dan beri kepada perempuan yang selayaknya. Percayalah. Perasaan suka kau kat aku ni hanya cinta monyet pun. Tak bawa sampai kahwin" terang aku panjang lebar.

"Then jom lah bawa sampai kahwin" balas Hariel selamba.

Aku tercengang. Itu bukan apa isi aku sebentar tadi lah!

A L I U M ✓Where stories live. Discover now