» 18

827 60 5
                                    

Aku melalui koridor tingkat 2 Blok Aries untuk ke kelas 5 Uranus.

Hari ini aku membuka contact lense aku. Kau kata aku fake kan? Aku tunjuk kat kau Original aku.

Sepanjang perlajanan aku hendak ke kelas, akan ada pelajar yang memandang aku pelik. Mungkin kerana terpegun melihat mata aku.

Ceihh.

Aku memasuki kelas 5 Uranus. Semua tablemate aku dah sampai.

Hariel yang perasan akan kehadiran aku tersenyum manis.

Aku dah agak dia buat macam tu. Dia akan act macam benda ni tak pernah berlaku lepas dia tahu kebenarannya.

Aku melabuhkan punggung di kerusi.

Athena dan Khairul terpegun melihat mata aku.

"Kau pakai contact lense eh?" Tanya Athena.

"Bukan kah pakai contact lense berwarna tu tak dibenarkan pakai disekolah?" Aku memberi jawapan dalam bentuk soalan.

"Jadi ni memang mata kau?" Tanya Athena tidak percaya

Aku mengangguk.

"Apa yang buat kau tiba-tiba berani nak tunjuk mata sebenar kau?" Tanya Khairul pula.

"Well, aku tak nak jadi fake" sindir aku.

Riak wajah Hariel terus bertukar sedih.

"Frey.. boleh kita bercakap sekejap?" Tanya Hariel.

"Kau nak minta maaf? Lupakan. Kau fikir sakit hati ni senang je ke nak pulih?" Tangan aku disilangkan.

Hariel mengeluh.

Maaf, Hariel. Ego aku lagi tinggi dari perasaan aku kat kau.

•••

Aku menggaru kepala. Ey susah betul soalan math ni. Lain macam susah dia. Kenapa aku kena belajar math hah? Bukan masuk pun dalam perniagaan. Mana ada si x ni tiba-tiba sesat masuk dalam perniagaan. Haih.

"Thena" panggil aku.

Athena mendongak.

"Tolong ajar aku soalan nombor 5 ni" pinta aku.

"Awallah kau soalan 5. Aku baru soalan 3" jawab Athena.

Aku memandang Khairul pula.

"Sorry soalan tu aku skip sebab tak faham juga" kelentong Khairul.

Aku mengeluh. Takkan nak tanya Hariel? Hish aku marah lagi ni.

Aku memandang group sebelah. Erk ni group budak gedik. Tak jadi lah. Aduh macam mana ni?

Ahh skip je lah.

"Tak tanya sesat jalan" sakat Hariel.

Aku menggulingkan mata. "Tanya kau lagi sesat" jawab aku selamba.

"Auch" balas Hariel.

Akhirnya kami berdua senyap.

"Meh lah aku ajar" rayu Hariel lagi.

Haiyoo. Kalau tentang math memang aku tak boleh nak tolak!

Buku latihan aku ditolak rapat ke arah Hariel.

Sekali-sekala aku mengangguk faham. Sempat juga aku mengerling wajah dia. Hensem betul. No wonder selalu kena kejar dengan perempuan. Bulu mata dia tak ada lah tebal tapi lentik. Anak mata pula warna hazel. Hidung mancung.

A L I U M ✓Where stories live. Discover now