» 17

791 61 0
                                    

"Duit atas meja. Bagi Fareel sekali. Dia lupa bawa duit belanja. Dah masuk kereta dah budaknya" Kata Mama dari dapur.

"Okay" jawab aku. Duit diatas meja itu aku ambil. Kau ni kan, Fareel. Ni baru duit lupa. Agak-agak tanggungjawab pun boleh lupa tak?

Aku memakai kasut lalu bergerak ke kereta Pak Joe.

Fareel kelihatan sibuk merenung luar tingkap.

Dia marah aku lagi ke?

"Hai" tegur aku.

"Hai" balas Fareel.

Aku bermain jari. Selalunya ada je benda nak diceritakan.

"Akak dah sarapan?" Tanya Fareel lembut.

Awhhh!!!

Aku tersenyum kambing. "Hehe dah. Fareel dah?"

Fareel mengangguk.

"Akak minta maaf ya, Fareel?" Kalau Fareel gaduh dengan aku, siapa lagi aku boleh bergantung? Hariel? Dah tiga hari aku tak bercakap dengan dia. Everytime aku nak explain kat dia, dia maki aku. Tak bagi aku chance pun.

Dan that kind of atitude aku tak suka nak buat dia as suami.

Eh sejak bila dia nak kahwin dengan aku?

Over betul, kau Frey.

"Fareel okay lah kak. Thanks sebab help me the other day" jawab Fareel.

"Hehe. Nak hug boleh?" Tanya aku. Sejujurnya dah lama aku tak peluk adik sendiri sejak Ueeq pergi Australia. Aku tak tahu tapi bila dapat peluk dengan adik sendiri, masalah terus fly away for a while.

Tanpa dijangka, Fareel terus memeluk aku dari tepi.

"Akak nak kau tahu yang akak tak menyesal pilih kau" kata aku dalam nada berbisik namun masih boleh didengari.

"Fareel pun gembira sebab akak pilih Fareel" jawab Fareel.

Haih, kau sama je dengan Yeeq.

•••

Aku berjalan menuju ke bilik pengawas. Sudah separuh perjalanan, baru aku teringat aku belum bagi Fareel duit dia.

Aku menepuk dahi sendiri. Takkan nak tepuk dahi orang pula kan? Haiyooo. Tua betul kau, Frey.

Segera langkah di atur ke blok Scorpion. Tak silap aku dia kelas 2 Uranus. Pandai budaknya.

Sesampai aku di blok Scorpion, aku menaiki tangga perempuan untuk ke kelas 2 Uranus.

Namun langkah aku terhenti apabila aku terdengar suasana riuh rendah dari dalam kelas 2 Uranus.

Aku mengintai sedikit.

Fareel kelihatan duduk di atas lantai seperti baru sahaja lepas ditolak.

"Anak pungut! Sedih betul hidup kau" marah seorang budak lelaki sambil ketawa.

Aku yang dari tadi menahan marah, segera menapak masuk ke dalam kelas tersebut. Tetapi, lengan aku ditarik seseorang.

Akibat terkejut, aku terus menoleh.

"Kau buat apa kat sini?" Tanya Athena.

Aku mengurut dada. Perempuan ni suka buat aku mati awal.

A L I U M ✓Where stories live. Discover now