» 34

683 49 1
                                    

Aku memarkirkan kereta dihadapan rumah banglo yang tersergam indah.

Sekali-sekala aku cek semula alamat itu takut-takut tersalah rumah.

Betul.

Tapi kenapa rumah banglo?

Padahal suatu hari dia pernah bertanya rumah apa yang aku mahu. Dan aku jawab rumah teres.

Terkejut juga aku dia dapat membeli sebuah rumah banglo. Bukanlah aku meragui kekayaannya namun.. aku sangka dia akan belikan rumah teres.

Tanpa berlengah lagi, pagar rumah itu aku buka dengan kunci yang diletak sekali di dalam sampul tersebut.

Kreeet.

Itulah bunyi yang disuarakan apabila aku menolak pagar rumah tersebut.

Tiba-tiba sahaja aku mula sebak. Kami dah janji nak pergi cek rumah ini bersama. Namun disebabkan Akmal bodoh tu, semua sudah jadi begini.

Aku membuka pintu.

Cantik. Semua perabot sudah tersusun elok.

Tiba-tiba terdapat sekeping kertas kecil di atas meja.

Adakah sebab ini dia ingin aku pergi bersama dengan dia? Sebab dia buat suprise?

Pergilah ke tingkat atas :)

Aku mula menaiki tangga tersebut. Sesampai sahaja di tingkat atas, ada kelopak bunga yang di susun di atas lantai menuju ke sebuah bilik.

Aku mengikut kelopak bunga tersebut.

Pintu bilik aku tolak.

Harum. Bau lavender.

Terdapat satu lagi kertas kecil di atas laci aku ambil.

Take the remote, Darling <3

Remove di sebelah TV itu aku capai lalu dibuka.

Kemudian satu video dimain.

Kelihatan Muhammad sedang membetulkan kamera lalu tersenyum lebar. Ah, senyuman itu yang aku rindu.

"Assalamualaikum, my dearest Freya. So.. how do you think about this house? Hahahaha mesti awak terkejut kan kenapa rumah banglo? Sebenarnya saya dah kumpul duit untuk belikan awak rumah ni. Okay kan? Bilik yang awak duduk sekarang ni, bakal menjadi bilik kita"
Kata Muhammad lalu tersengih.

Aku melihat sekeliling. Semuanya disusun rapi. Perasaan sebak datang. Air mata yang ditahan akhirnya mengalir membasahi pipi.

"Saya nak awak tahu. Yang saya sangaaat bertuah dapat awak. Tak sia-sia lah saya kejar awak selama ni. Saya nak berterima kasih dengan awak sangat-sangat sebab sanggup terima saya yang serba kekurangan ni"

Air mata aku diseka. Namun ia masih mengalir. Ya. Aku rindukan arwah Muhammad sangat-sangat.

"Ish tak sabar lah! Lagi tiga hari aje. Lepas tu kita kahwin!! Okay. Saya stop kat sini, ya? Jumpa lagi my future wife! Muah!"

Kemudian video itu tertutup dengan sendiri.

Aku menangis semahu-mahunya. Aku rindukan dia!!

•••

Aku duduk lemau di hadapan TV. Pelbagai makanan terhidang di atas meja. Tapi tiada satu pun yang aku minat.

"Kak. Ceria sikit please" pujuk Fareel.

"Serius? Kau suruh aku ceria? After what happened? Fikir senang?" Marah aku. Pandangan kembali dicampak ke TV.

"Dah lah tu kak. Move on please" pujuk Yeeq pula.

"Kau pun satu! Kau kat tempat aku ke? Tak kan? Kau cakap senang lah, move on! Move on! Kena kat kau baru tahu!" Marah aku lagi.

Papa dan Mama mengeluh melihat kelakuan aku.

"Dah tu Freya nak macam mana lagi ni, sayang?" Tanya Mama.

Aku terus duduk menegak.

"Eya nak pergi bercuti for four days"

Kata-kata aku itu mengundang wajah Mama terkejut.

"Where??" Tanya Mama dengan mata membulat.

"Johor Bahru. Alone" jawab aku apabila melihatkan Fareel ingin mengangkat tangan bermaksud 'nak ikut'.

"Ehh tak apa ke sorang?" Tanya Mama risau.

"Pergilah, nak. Jaga diri tahu" pesan Papa. Aku tersenyum kecil

"Abang? Nanti jadi apa-apa Abang nak tanggung?" Tanya Mama.

"Dah lah tu. Dia dah besar dah pun. Tahu baik buruk. Let her be. She needs space" kata Pala menyebelahi aku.

Mama mengeluh. Tidak boleh melawan sudah.

Aku tersenyum senang.

"Bos dah tahu?" Tanya Yeeq.

Aku mengangguk.

"Hm okay then" kata Yeeq lagi.

Terus langkah aku dibawa masuk ke dalam bilik. Aku nak pack. Esok dah nak bertolak.

Semua yang ada kena mengena dengan arwah Muhammad aku tolak ke tepi.

Camera cannon aku dipegang lalu ditenung sebelum disumbat sekali masuk ke dalam beg roda aku.

Beberapa helai tudung, baju dan seluar aku capai lalu dimasukkan sekali.

Sudah siap, aku zipkan beg roda itu. Beg roda itu aku susun ketepi.

Badan di campak ke atas katil.

Telefon aku dibuka.

Terdapat mesej dari Hariel.

+Hariel: have a nice trip! ;)
+Me : thanks...

Selesai membalas, aku membuka beberapa buah lagu untuk dipasang lalu dibiarkan berkumandang di dalam bilik.

Aku lena dibuai lagu. Akhirnya terlelap.






N/A : well sorry this chap patah perkataan sikit. 675 je. Hehe

A L I U M ✓Where stories live. Discover now