» 38

668 45 0
                                    

Second Day ( malam )

Aku mengetuk pintu bilik Hariel bertalu-talu. Lelaki ni buat apa? Lama benor nak buka. Kalau nak kata dia pakai tudung kejap, dia lelaki. Aish.

Tidak lama selepas aku membebel, pintu itu terbuka.

"Ah, sorry lambat" kata Hariel sambil mengusap belakang lehernya.

Aku melihat pakaiannya. Casual. Baju hoodie dengan seluar jean.

"Tak cakap nak pakai hoodie" rungut aku yang memakai baju blouse biru dengan seluar slack.

"Pergi lah tukar. Aku tunggu kat lobi okay?" Kata Hariel.

Aku mengangguk lalu masuk kembali ke dalam bilik. Almari dibuka. Baju itu aku belek. Aku ada tiga hoodie. Satu warna kelabu, satu hitam dan satu biru lembut.

Aku mengambil hoodie berwarna kelabu. Matching dengan Hariel.

Seluar aku malas pula nak tukar. Biar lah. Kunci kereta, dompet dan telefon di ambil. Tak lupa juga kad hotel haha.

Aku berlari anak menuju ke lift. Sesampai aku di lobi, aku melihat Hariel sedang bercakap dengan perempuan pagi tadi.

Kenapa aku rasa sakit hati pula? Oh come on!

Aku keluar mengikut pintu belakang. Aku berlari anak menuju ke kereta Mazda milik aku. Dah 9 tahun dia hidup. Tak calar tau. Bangga saya.

•••

Aku berjalan di tempat pejalan kaki. Tangan dimasukkan ke dalam poket hoodie. Di sebelah kiri aku terdapat tempat orang bersiar-siar. Cantik. Pokok-pokok dihiadi lampu berwarna warni. Memang style johor.

Di sebelah kanan aku pula ada pagar. Kerana disebelah itu terdapat tasik. Kalau tak letak pagar kang jatuh pula orang

Aku berjalan berdekatan dengan pagar itu. Tiba-tiba jam yang tergantung di menara di sebelah kanan aku berbunyi. Lantas orang sekeliling mula berlari anak menuju ke pagar.

Kenapa?

Aku memandang ke arah tasik.

Serta-merta beberapa boat kecil yang terhias cantik berlayar.

Wah.. KL tak ada pun. I mean, of course lah KL tak de..

Aku keluarkan telefon aku lalu menangkap beberapa gambar. Urghh nak aje ootd lepastu post dekat Instagram.

"Benda ni common dekat Johor Bahru" tegur Hariel yang tiba-tiba ada di sebelah aku.

Aku hanya menggulingkan mata.

Entah kenapa melihatkan senyuman Hariel, perasaan marah tadi terus lesap secara tiba-tiba. Dia.. mengingatkan aku tentang arwah Muhammad.

Aku tak pernah marah arwah Muhammad. Merajuk pun sikit-sikit sahaja. Merajuk manja gitu.

"Kenapa kau tak tunggu aku?" Tanya Hariel.

"Well aku tahu kau borak lama dengan perempuan tu. Aku tak nak bazirkan sesaat pun masa aku. Soo yeah" jawab aku.

Hariel bermain jari. Rasa bersalah mungkin.

"Ambil gambar aku" minta aku lalu menghulur telefon aku kepada Hariel.

Aku terus berdiri di sebelah menara tadi.

A L I U M ✓Where stories live. Discover now