» 12

820 53 0
                                    

Kriiiiingggg!!!

Alarm telefon aku berbunyi kuat. Segera tangan aku menutup Alarm.

Kang ada yang mengamuk.

Siapa lagi kalau bukan Farisya?

Aku mengeliat bangun.

Farisya dan Waney masih nyenyak tidur.

Aku melirik ke arah katil Athena pula.

Tak ada orang.

Kedengaran bunyi pancutan air dari dalam tandas. Athena lah tu.

Aku mengamb telefon. Lalu dibuka bahagian mesej.

+019*******: Assalamualaikum. Dah bangun?
+Me: kau siapa?

Macam mana dia tahu aku akan bangun pukul berapa? Ey seram betul.

Cepat-cepat jari aku block nombor tersebut.

Pintu bilik air terbuka.

Athena sedang mengilap rambutnya.

"Oh Frey. Dah bangun? Pergilah mandi. Dua ekor ni aku kejut" Athena bersuara.

Aku mengangguk. Telefon tadi aku letak ketepi. Tuala diambil lalu masuk ke dalam bilik air.

•••

"Bangun lah!!!" Jerit Athena sambil memukul Farisya dan Waney menggunakan bantal.

Namun hampa. Tiada reaksi.

Segera aku merakam momen tersebut sebelum berdekah ketawa.

Kalau aku buat macam tu, dah kena belasah dah aku.

Athena berhenti memukul. Penat gamaknya.

"Dah biar lah diorang" Athena pasrah.

"Tak apa ke tinggal? Nanti cikgu tanya?" Aku risau.

"Kau baca group whatsapp tak? Kan cikgu kata Breakfast tu pilihan pelajar. Siapa nak makan turun, tak nak makan kau sambung lah tidur" Kata Athena.

Aku mengangguk faham.

"Jom ah" ajak Athena.

Aku mengerling Farisya sebelum keluar. Telefon diambil lalu bergerak keluar.

Kami turun menggunakan lift lalu menapak ke arah restoran malam tadi.

Sekali buka, mata-mata mula memandang kami.

"Anak dara baru bangun?" Perli Cikgu Norwa tetapi bukan dalam nada sinis.

"Ehh mana ada cikgu" nafi Athena.

"Kitaorang jenuh kejut Farisya dengan Waney. Itu yang lambat" kata aku pula.

Telefon dikeluarkan lalu ditunjuk video yang aku rakam pagi tadi.

Apabila ada pelajar lelaki yang sibuk kacau daun, segera aku halau sebab dalam video itu, Farisya dan Waney tak pakai tudung.

Habis sahaja video itu Cikgu Norwa tonton, terus Cikgu Norwa berdekah ketawa.

Aku pula yang geli hati tengok.

"Haih. Macam-macam lah kamu ni. Dah-dah pergi makan. Layan diri yer" Kata Cikgu Norwa dengan tawa yang masih bersisa.

A L I U M ✓حيث تعيش القصص. اكتشف الآن